
"Ruang untuk menyaksikan debat di Auditorium Kompleks Media Karangkraf hanya dihadkan kepada jemputan-jemputan rasmi sahaja," kata beliau. Debat kali ini bertajuk “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi". Ia menemukan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.Ia akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
Mereka yang ingin mengemukakan soalan kepada kedua-dua pendebat itu, boleh menyalurkannya ke akaun https://twitter.com/#!/ sinaronline atau http://www.facebook.com/ SinarHarian atau e-mel editor.online@sinarharian.com. my . Liputan langsung juga boleh diikuti menerusi www.sinarharian.com.my mulai jam 9 malam ini.
Kepada para penyokong kedua-dua pihak, datanglah beramai-ramai, tapi, jangan cuba buat kecoh kerana ini adalah debat untuk semua, kerana tiada pemenang yang akan di istiharkan selepas tamatnya perdebatan tersebut. Cuma, anda semua fikirkan secara rasional, siapa yang lebih baik di dalam mengeluarkan hujah-hujan ke atas tajuk debat yang akan di adakan malam ini. Selamat menonton. Sekian dari saya ~ IBM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA