KRISIS dalaman PKR Selangor memang dah tak dapat di bendung lagi. Terlalu kritikal. Ini yang memeningkan pucuk pimpinan PKR, apatah lagi 'punahsihat'nya, Anwar Ibrahim. Kalau dulu mereka kata PKR terlalu kuat di Selangor, sukar di gugatkan oleh Umno, kini ianya akan menjadi kenyataan, 'PKR Akan Terkubur' di Selangor dan di seluruh negara. Percayalah. Bayangkan mereka terbelah kepada dua puak. Satu Puak Azmin Ali dan satu puak lagi Khalid gagap. Masing-masing nak menjatuhkan satu sama lain. Elok beno le tu.

Walaupun memberi alasan langkah itu bertujuan unutk berehat, namun blog-blog mengaitkan ia secara tidak langsung sebagai reaksi protes terhadap pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah lama berkrisis dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. tindakan Rafizi terjadi hanya dua hari selepas Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah yang dikatakan menghadapi tekanan supaya meletakkan jawatan daripada penyokong Azmin. Ramai lagi ke penyokong Azmin Ali ni?
IBM malas le nak komen dan tulis panjang-panjang. Jika diizikan oleh tuhan, panjang umur, kita akan lihat DRAMA kemusnahan PKR ini tidak lama lagi. Bertambah pening kepala Anwar Ibrahim. Oleh itu, sama-sama kita tunggu. Insyallah. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA