Monday, June 25, 2012

Khalid Gagap Diberi Amaran!!

GANTUNG Faekah dari tugasnya atau bakal menghadapi menghadapi risiko yang serius. Begitulah lebih kurang amaran yang di beri oleh PKR Selangor kepada Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim di dalam isu salah guna kuas oleh Setiausah Politiknya.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggantung sementara jawatan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin dan melakukan siasatan berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafie berkata, Abdul Khalid seharusnya bersikap konsisten dengan tindakan dan kenyataannya sebelum ini, selain perlu mencadangkan siasatan penuh terhadap Faekah.

''Saya rasa lebih baik digantung dahulu tugas pegawai yang terlibat (Faekah) supaya siasatan dapat dilakukan. Ia juga bagi mengelakkan rasa tidak puas hati. Elok digantung dulu sama seperti kes-kes sebelum ini kerana tindakan itu dilihat lebih konsisten.
''Jadi tidaklah nanti ia menjadi tuduhan-tuduhan besar kononnya Menteri Besar melindungi Setiausaha Politiknya,'' katanya dalam laman  sebuah blog di sini hari ini.

Nampaknya pergolakan PKR Selangor begitu 'runcing' dan didalam keadaan yang amat bahaya yang mana boleh memusnahkan parti itu sendiri. Khalid gagap masih mempertahankan Setiausaha Politiknya, tapi, terus didesak dan didesak oleh orang ramai dan ahli parti itu sendiri. Sekiranya Khalid masih mempertahankan kedudukan Faekah, maka, kedudukan beliau sendiri di dalam parti PKR akan terancam. 

IBM berani kata puak-puak yang lagi satu tu akan terus memberi tekanan terhadap Khalid dan Faekah. Oleh itu, Khalid kenalah memikirkan apakah tidakkannya yang melindungi Faekah adalah satu keputusan yang bijak atau beliau diibaratkan 'mengali kubur' beliau sendiri. Malah, bukan kubur Khalid sendiri, tapi....yang lain-lain juga. PKR akan berkubur di PRU ke-13 nanti. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...