Friday, June 1, 2012

Azmin Ali Mula Dihambat Dosa-Dosa Mendurhakai Ibu Kandungnya...

BARU beberapa jam yang lepas, IBM paparkan kisah si Azmin yang akan di humban ke longkang oleh pengudi-pengundi di Bukit Antarabangsa apabila kes rasuahnya di bongkar kembali. Memang hangat cerita ini di perkatakan di merata-rata tempat. Ada juga desas-desus mengatakan ianya berlaku dek kerana perbuatan Azmin sendiri yang dikatakan 'derhaka' terhadap ibu kandungnya sendiri. Memang ada lojiknya.IBM terbaca di dalam blog SelangorDaily....emmm..menarik sekali. Nak tahu jom baca :


{SEBENARNYA, Azmin Ali selama ini berada dalam zon yang sangat selamat dan sentiasa dilindungi. Walaupun pelbagai onar yang dilakukannya, Azmin Ali seolah-olah dilindungi oleh perisai yang mempertahankannya daripada diserang. Tidak sahaja Anwar Ibrahim yang melindunginya daripada terus menerima tekanan dan rejaman, sebaliknya konco-konco Azmin Ali juga sentiasa bersedia untuk mematahkan sebarang hujah walaupun dengan sedikit bayaran diberikan oleh Azmin Ali.

Begitu juga dengan serangan dan pendedahan yang dilakukan oleh adiknya sendiri, Ummi Hafilda Ali. Caci nista dan kata keji terhadap perbuatan serta amalan Azmin Ali yang keluar dari mulut Ummi Hafilda sekadar satu cerita sensasi yang tidak meninggalkan sebarang bekas kepada Azmin Ali apatah lagi isterinya, Shamsidar Taharin.
Namun apabila ibu tuanya, Che Tom Yahya merintih dan menceritakan bagaimana kecewa serta remuknya perasaannya selaku ibu dengan perbuatan dan layanan Azmin Ali kepadanya, bermulalah episod-episod malang buat Azmin Ali. Biarpun Azmin Ali terpaksa membuat sidang media untuk memberitahu dia tidak mendurhakai ibu tuanya kepada orang awam, namun balasan atas dosa-dosa pendurhakaannya sudah mula berjalan.
Mungkin seandainya Azmin Ali adalah seorang mubtadi yang tidak mempunyai sebarang peranan di dalam masyarakat dan negara, tiada siapa pun yang mahu menjaga tepi kainnya. Malangnya Azmin Ali adalah seorang pemimpin politik. Jawatannya ialah Timbalan Presiden PKR, Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Peranan dan pengaruhnya kepada masyarakat sangat besar. Batasan dan disiplin bagi seorang pemimpin sepertinya jauh lebih ketat berbanding orang awam lain.
Justeru setiap kehidupannya tidak ada yang bersifat privasi, sebaliknya menjadi hak rakyat awam.
Kemarahan seorang ibu terhadap anaknya biarpun dengan hanya titisan air mata di pipi, sudah cukup untuk mendatangkan musibah besar kepada anak durhaka itu.
Itu yang sedang menimpa Azmin Ali. Cerita tentang pemilikan harta dan kekayaan yang tidak bersumber atau lebih tepat lagi sumber yang kurang dikenalpasti, mulai terbarai satu demi satu. Bermula dengan pendedahan oleh bekas kakitangan Anwar Ibrahim sendiri iaitu Anuar Shaari, dan terbaru oleh bekas pegawai BPR yang membuat pendedahan kepada Raja Petra Kamaruddin membabitkan Shafie Yahya, bekas Ketua Pengarah BPR yang pernah mencetuskan kontroversi sedikit masa dahulu.



Apabila sudah ada pihak yang kembali mencetuskan persoalan tentang kekayaan Azmin Ali dan isterinya yang hanyalah seorang surirumah, kemudian dikaitkan pula dengan orang lain iaitu  Shafie Yahya yang dituduh telah mengarahkan BPR memansuhkan kes siasatan tersebut yang kemudian dihubungkan pula kepada Anwar Ibrahim… maka cerita ini sebenarnya seperti satu ketulahan yang sedang jangkit-menjangkit.
Shafie Yahya yang mungkin sedang menikmati alam persaraannya dengan tenang, tiba-tiba tersedak apabila cerita lamanya sebagai proksi Anwar Ibrahim yang dilantik untuk melindungi Anwar Ibrahim, disebut kembali. Fail-fail yang ‘dihilangkan’ dari siasatan BPR, kembali dikorek dan tidak mustahil sekiranya fail-fail berkenaan ‘telah diselamatkan’ oleh seseorang yang tidak lagi sanggup melihat Azmin Ali dan Anwar Ibrahim bersenang-lenang menyembunyikan diri tetapi pada masa yang sama, menuduh orang lain berkelakuan jahanam seperti mereka.
Telah dikatakan berkali-kali bahawa DOSA KEPADA IBU akan dibayar tunai di dunia lagi. Tidak semua pendurhaka ibu akan menerima nasib seperti Nakhoda Manis, Si Tanggang atau Malim Kundang. Balasan dibuat dalam pelbagai cara… ada yang lambat, sedikit demi sedikit, mahupun sekaligus.
Azmin Ali tidak boleh bersembunyi daripada dosa-dosa pendurhakaannya. Dia mungkin boleh marahkan orang lain kerana kemarahan ibu kandungnya kepada dirinya sendiri, tetapi dia tidak boleh menipu bahawa sememangnya dia adalah ANAK DURHAKA yang sekarang ini sedang MENIKMATI KESERONOKAN BALASAN DOSA BESARNYA}
Begitulah kalau dah terlalu gilakan jawatan, tamakkan harta benda hingga sanggup ibu, adik beradik disisihkan dan juga dik kerana pengaruh kawan-kawan yang mengamalkan politik songsang. Maka hanyutlah manusia yang bernama Azmin Ali. Ramai yang kata politik ni kotor, kejam, tapi...si Azmin ni lagi kotor dan kejam. Oleh itu, terimalah akibatnya wahai Azmi oii. Bertaubatlah kamu sebelum terlambat. ~ IBM

SUMBER BERITA : SELANGOR DAILY ~ TERIMA KASIH

DAN......TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...