SESIAPA yang menonton DEBAT yang di anjurkan oleh akhbar sinar Harian di antara Dato' Saifuddin Abdullah dan Salahuddin Ayub yang disiar secara langsung oleh Astro Awani saloran 501, mungkin dapat menilai sendiri akan perwatakan dan pengalaman seseorang itu berdebat dan cara fahaman politik mereka. Jelas semalam, Dato' Saifuddin yang mewakali kerajaan Barisan Nasional (BN) berdebat dengan tenang dan gayanya yang tersendiri, dapat menepis segala hujah-hujah dari pendebat pembangkang, YB Salahuddin Ayub yang mewakali Pas.
Begitu juga dengan perarakan sambutan "Maulidul Rasul", pun Salahuddin samakan dengan demonstrasi jalanan. Kata orang Pas pandai dengan hukum agama, tapi, sampai ke situ pulak hujah si banggang ni. Memang, apabila kita kaji dengan teliti, debat semalam menampakkan tidak kematangan dari pihak pembangkang. Segala hujahnya, di ulang-ulang termasuklah menyindir pasukan Polis yang mengunakan 'gas pemedih mata' untuk menyuraikan para demonstrator. Kerana kata Salahuddin, di negara luar, apabila mereka mengadakan demonstarsi jalanan cara aman, pihak kerajaan mereka tidak mengunakan 'gas pemedih mata', dan kerajaan mereka tidak jatuh, malah semangkin kuat, katanya.

Kesimpulannya, IBM menganggapkan Dato' Saifuddin telah dapat menambat hati para penyokong-penyokong kerajaan dan juga para pemerhati politik tanah air dengan hujah-hujahnya yang begitu bernas dan ketenangan beliau menjawab 6 soalan yang di ajukan oleh oleh Moderator Debat Sinar, Prof Datuk Mohammad Abu Bakar. Debat tersebut berlangsung hampir 90 minit, para penoton yang hadir begitu asyik mendengar debat yang IBM rasa berat sebelah yang mana berpihak kepada Dato' Saifuddin Abdullah.
Walaupun semasa menggulung debat malam tadi, Prof Datuk Abu Bakar, beliau menyifatkan kedua-dua pendebat tersebut, Datuk Saifuddin Abdullah dan Salahuddin Ayub sebagai 'winneable candidate' atau calon yang bakal menang, tapi, jauh di lubuk hati beliau, pemenang debat pada malam tadi adalah Dato' Saifuddin Abdullah. Syabas Dato'!!.
Sekian dari saya yang benar ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA