Wednesday, June 20, 2012

Hj Hadi Hasut Para Peneroka Felda, Tolak BN, Katanya..

KALAU Presidennya kaki fitnah, apa lagi pengikut-pengikutnya. Lagi le teruk. Pas ni dah tak ada kerja lain ke? Apabila mereka mengelarkan parti dan diri mereka Islam tulin, tapi, itu tidak menampakkan yang ciri-ciri itu milik Pas. Menfitnah, maki-hamun, mengeluarkan fatwa-fatwa yang langsung tidak masuk akal sudah menjadi darah daging mereka.

Mereka tidak boleh berdiam diri. Apatah lagi ketika pilihan raya ke-13 (PRU ke-13) akan menjelang tiba, menjadi-jadi kerja bodoh yang mereka buat. Berceramah sana-sini macam orang gila, hilang tumpuan walaupun sambutan dari orang ramai dah semakin kurang. Tapi...Pas tetap mengatakan orang ramai masih menyokong mereka. Dasar penipu.

Niat jahat mereka itu berterusan. Terkini, Pas meminta rakyat, khususnya warga Felda supaya menolak Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) yang didakwa mengkhianati peneroka. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham. Kata Hadi lagi,  ini satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda seluruh negara.

Pas katanya, , bukan sekadar bimbang masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Menurutnya, terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya. Aduh, sedapnya mulut si tua nyanyuk ni bercakap. Bila masa Pas begitu prihatin dan mengambil berat tentang nasib para peneroka Felda?

Bagi pandangan IBM, itu hanyalah gimik politik dari Pas. IBM yakin para peneroka sentiasa menyokong dan berdiri di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN). Pas mungkin lupa kot bahawa tak beberapa lama lagi peneroka-peneroka Felda akan menerima duit 'durian runtuh' untuk round kedua. Barisan Nasional tidak pernah munkir janji, janji tetap di kota. Tidak seperti Pas dan parti-parti komponennya, pandai berjanji, tapi tidak di tunaikan.

Kepada para peneroka, IBM cuba nak ingatkan pada korang. Ingat, dan kenanglah jasa-jasa Perdana Menteri kita, DS Najib yang telah mencuba sedaya-upaya untuk menaikkan taraf hidup dan ekonomi para peneroka, dan jangan lupa 'senyuman' yang DS Najib lamparkan setiap kali beliau berucap di hadapan para peneroka dan juga kepada rakyat yang lain, betapa seriusnya beliau ingin membuat 'Transformasi' demi untuk kebaikan rakyat dan negara. Fikir-fikirkanlah. Berfikir dengan sewaras-warasnya sebelum tangan anda semua memangkah kertas undi di PPRU ke-13 nanti. Takkan gambar dacing anda semua tak kenal? mustahilkan. 

Sekain dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...