Thursday, June 14, 2012

Aishah Baru Sedar PAS Itu Islam, Kelakar..Kelakar....!!

RUPA-RUPANYA Aishah baru tahu dan sedar bahawa PAS itu Islam. Tak boleh salahkan Aishah jugak. Maklumlah semasa dia famous dan tengah ligat menyanyi, Aishah langsung tidak ambil peduli tentang parti politik dan memang beliau langsung tak ada niat nak masuk politik. Tiba-tiba...setelah menjalani dan merempuhi 'duri dan onak', terbuka hati kecil beliau bahawa Pas sahaja parti yang menjaminkan dia masuk syurga dan menebus segala dosa-dosa lampau beliau. Maksudnya 'bertaubat' le tu.

Lagi pun Aishah percaya dan yakin, memperjuangkan Islam yang didokong oleh PAS berlandaskan syariat dan hadis, beliau tetap memberikan sokongan terhadap parti yang memperjuangkan Islam, iaitu PAS. Maka jelaslah, Aishah begitu taksub dengan dakyah dan pujukkan oleh PAS untuk beliau menyertai parti PAS. UMNO tak boleh pakai. Lebih kurang begitulah kata hati Aishah. Agaknya le.

Apa yang Aishah lakukan ini adalah untuk kebaikan dirinya serta dua orang anak-anaknya. Dan...kemungkinan juga Aishah telah mendapat fatwa yang begitu memikat hati beliau dari Tok Guru Nik Aziz yang beliau temui di Kelantan sedikit masa dulu. Aishah amat mempercayai dan hormat kepada Tok Guru Nik Aziz. Maklumlah 'ulama'. Bukan calang-calang orang tu. Lagi pun mungkin Tok Guru memberi keyakinan, hanya menyertai PAS sahaja boleh menjamin Aishah dan anak-anaknya masuk syurga dan tidak di dakwa-dakwi di akhirat nanti. Tok Guru akan sentiasa berada disisi pengikut-pengikutnya (PAS) bila-bila masa di perlukan.

Tapi...IBM hairan juga bila Aishah sendiri membuat kenyataan, beliau tidak berhasrat untuk aktif dalam politik, cuma ingin menjadi adviser sebagai seorang artis berhubung pandangannya sebagai seorang artis terhadap perjuangan Islam. Kalau tak sertai parti politik seperti PAS ni, Aishah tak boleh ke bersama-sama memperjuangkan Islam?. Apapun...itu hak peribadi Aishah. Tiada siapa yang boleh menahan beliau daripada menyertai PAS, cuma IBM nak ingatkan Aishah agar tidak terlalu taksub dan terpesong dengan kerenah PAS dan fahaman politik mereka yang 'songsang'.

Kan apa, takut-takut di alam Barza nanti, Aishah tersasul dan tersalah sebut bila di ajukan soalan oleh Malaikat Munkar dan Nankir. Faham-faham je le ye. Aishah masih lagi buat album ke?. Kalau buat, kenalah ubah imej. Kenalah ambik hati pemimpin-pemimpin PAS dengan mengeluarkan album 'nyasid'. Yang lain-lain tu haram.

Sekian. Ikhlas dari ~ IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. AISYAH INGAT MASUK PAS TERUS MASUK SYURGA..TAK PAYAH LINTAS SIRATULMUSTAKIM HUHUHU

    ReplyDelete
  2. Salam Jeffry,

    Aishah ni dah kena 'air kangkang' Pok Nik kot.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...