Showing posts with label Isu video seks Anwar. Show all posts
Showing posts with label Isu video seks Anwar. Show all posts

Friday, June 24, 2011

SAH ! MEMANG ANWAR PELAKUNYA. APA LAGI MAHU CERITA ?

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Pakar Amerika Syarikat Sahkan Pelaku Dalam Video Seks Serupa Anwar


KUALA LUMPUR, 24 JunSeorang pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) dan ‘superimpose’ (gambar ditindih) dilakukan.

Pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan kedua-duanya melakukan perkara yang sama.

Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan denda RM3,000 terhadap Shazryl, RM1,500 kepada Shuib dan RM1,000 kepada Rahim.

Mengikut fakta kes, pada akhir Februari lepas, Shazryl berjumpa dengan Shuib di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks antara seorang lelaki dipercayai Anwarbersama seorang perempuan warga negara China.

Selepas mereka berbincang dengan Abdul Rahim, tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara pada 10 pagi 21 Mac, dengan menjemput beberapa wartawan menyaksikannya di bilik Seri Makmur.

Penayangan rakaman video itu menggunakan sebuah LCD kepunyaan Shazryl dibuat, dan Shazryl menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks berkenaan.

Tayangan yang berakhir pada 12 tengah hari itu disaksikan 13 wartawan.


Pada satu sidang akhbar pada 4 petang 23 Mac, Shazryl dan Abdul Rahim mengaku bahawa selain mereka, Shuib turut bertanggungjawab membuat perkara yang sama (menayangkan rakaman video kepada wartawan).

Keesokannya, Shazryl dan Abdul Rahim menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman itu manakala Shuib menyerah diri pada 25 Mac.

Menurut fakta kes itu lagi, hasil analisis oleh Prof Hany Farid dan Prof Lorenzo Torresani dari Dartmouth College itu, telah mengesahkan rakaman itu adalah tulen tanpa sebarang ‘tampering’ dan ‘superimpose’ serta berasal daripada satu alat perakam yang diambil daripada Shazryl.

Kedua-dua pakar berkenaan juga telah menjalankan analisis terhadap muka lelaki dalam rakaman video itu dan hasilnya mendapati ia menyerupai Anwar.

Terdahulu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili AbdulRahim, dalam rayuannya berkata pendedahan itu bukanlah bertujuan memaparkan aksi lucah tetapi untuk mendedahkan perangai buruk seorang pemimpin yang tidak bermoral.

Beliau berkata tertuduh juga telah memberikan kerjasama kepada polis manakala rakaman itu tidak didedahkan kepada kanak-kanak.

Majistret Aizatul Akmal sebelum menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, pengakuan salah dan latar belakang ketiga-tiga tertuduh tetapi pada masa yang sama, faktor kepentingan awam perlu diseimbangkan.

Dalam prosiding itu, mahkamah ditayangkan rakaman video tersebut selama 10 minit yang turut disaksikan orang awam termasuk pihak media.

Pendakwaan dilakukan Datuk Kamaluddin Mohd Said dan Mohamad Zakaria Hanafiah.


MEMANG KANTOI ANWAR KALI INI. APA LAGI ALASAN YANG DIA NAK BERI. APA LAGI, BILA MAHKAMAH NAK DAKWA ANWAR PULA..? - IBM

Tuesday, April 19, 2011

Malang bagi trio Datuk T, bagaimana dengan pelakun utamanya??

DATUK T MUNGKIN DI DAKWA KERANA MENAYANG, MENGEDAR BAHAN LUCAH.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
BERITA YANG MENGEMPARKAN. MAI BACA, JANGAN TAK BACA........

SHAH ALAMTindakan trio Datuk T yang menyiarkan video seks didakwa melibatkan pemimpin pembangkang, bakal menerima padah kerana akan didakwa dalam tempoh terdekat, atas kesalahan menayang atau mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini, tiada keperluan untuk polis menahan trio Datuk T, sehingga kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, esok atau Khamis ini.

“Bukan polis yang akan menentukan sama ada mereka (Datuk T) akan ditahan tetapi semuanya akan diputuskan oleh Peguam Negara setelah kertas siasatan dihantar.

“Jika ditahan, mereka berkemungkinan akan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar atau menyiarkan bahan lucah bagi tontonan umum, kerana mereka penyiarnya” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut katanya, jika didapati bersalah, trio Datuk T boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa kertas siasatan yang dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 8 April lalu diserahkan semula kepada polis, beliau berkata, terdapat dua perkara yang perlu ditambah baik.

“Jika boleh, kita akan hantar kertas laporan ini semula kepada Pejabat Peguam Negara, seawal-awalnya Khamis ini. Sementara ini, kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak yang menyediakan dua perkara yang berkait rapat dengan pendakwaan tersebut,” katanya.

Ketika ditanya sama ada polis mempunyai kuasa bagi menahan pelaku yang sudah dikenal pasti itu, beliau berkata, polis tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

“Kita kena rujuk kepada Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku,” katanya.

YANG SYOK MAIN TAK KENA APA-APA, YANG MELAPURKAN AKAN DI DAKWA. OH, MALANG NASIB TRIO DATUK T. TAPI...APA PUN PERKARA INI BELUM LAGI BERAKHIR. ADA RUANG UNTUK MEREKA MEMBELA DIRI. KEBENARAN AKAN TERCETUS. TURUT SIMPATI KE ATAS TRIO DATUK T. KEPADA MEREKA BERTIGA, CEKALKAN HATI. IKHLAS DARI : IBM

Tuesday, April 5, 2011

Kak Jijah malu nak mengaku...

'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

NONEIsteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video
yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar. [KLIK DISINI] untuk cerita selanjut...

Thursday, March 24, 2011

Anwar salahkan UMNO terbabit dengan video seks


ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN.

Bila sesuatu isu yang hangat di tumbulkan, terutamannya apabila melibatkan salah laku Ketua Pembangkang, tak payah sebut nama, maka BN/UMNO lah yang di jadikan sasaran. Pengikut-pengikutnya akan berkata, ianya hanyalah helah untuk menjatuhkan maruah Ketua mereka. Memang itulah sikap pembangkang......

[SUMBER DARI : MALAYSIAKINI]

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan bekas menteri besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks yang cuba memalitkannya itu adalah bukti pembabitan Umno.

Katanya, Rahim seolah-olah cuba membalas dendam terhadap pengundurannya dari politik pada 1994.

"Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno dalam perkara ini,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, kuala Lumpur, hari ini.

azlan
"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata komennya itu dibuat berdasarkan hakikat mereka yang mengeluarkan video berkenaan - Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, yang dikenali sebagai 'Datuk T' - masih bebas.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga menafikan beliau memainkan sebarang peranan sehingga memaksa Rahim berundur dari politik.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

Rahim terpaksa berundur daripada politik berikutan dakwaan dia melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.

MEMANG ITULAH SIKAP PEMBANGKANG. PANDAI MAKAN, TAPI BILA BERAK SURUH ORANG BASUHKAN, DAN BERAK PULA MERATA-RATA TEMPAT. PUUUUUIIIIII.....! - IBM


Wednesday, March 23, 2011

Anwar jadi pengarah video seks..?..Panas!..Panas!

"Usah guna 'isu kelambu ' Anwar lemahkan PR - Khir toyo

Assalamualaikum Semua.

Isu Video seks yang melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat hangat di perkatakan sekarang ini. Barisan Nasional (BN) digesa supaya tidak menggunakan isu-isu Kelambu Datuk anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya menjelang Pilihan Raya Sarawak.

Ini di suarakan oleh bekas Ketua Pembangkang dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo. Rakyat tidak mengukur keburukan pemimpoin politik tetapi menilai kejayaan pemerintah dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

Beliau khuatir ianya kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN. Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi popularitinya.

Bagi pandangan saya, sekirannya ada lelaki lain yang hampir seeras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video berkenaan, maka ia boleh menukar persepsi ramai. Dan saya beranggapan ini adalah perangcangan rapi yang di buat oleh Anwar Ibrahim, dan saya yakin dialah pengarah Video Seks ini. Anwar memang licik, dia boleh buat apa saja bagi mengaburkan mata rakyat, bahawa dialah 'Mr Clean', dia di fitnah dan sebagainya. Anwar adalah orang yang paling bahaya di Malaysia sekarang ini.

Saya tidak mengatakan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar kerana saya belum menontonya. Tapi saya ada jalan untuk mendapatkan video tersebut. Soon, very soon - IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...