






Yakin akan menumbangkan Pas di PRU ke-13 nanti - Mustafa
KOTA BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata simulasi pilihan raya di negeri ini akan berlangsung dari 16 hingga 30 September.
Beliau berkata sebagai persediaan, pihaknya kini mengadakan taklimat secara berperingkat kepada semua ketua peti undi dan cawangan parti itu.
"Sehingga kini, saya nampak semangat ahli Umno semakin tinggi dengan kerja yang dilakukan di peringkat akar umbi, dan kita amat berharap simulasi ini dapat sambutan baik dengan semua jentera parti bergerak cergas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian zakat kepada anak yatim di Parlimen Ketereh, Sabtu.
Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata 'orang muda' merupakan antara calon yang bakal disenaraikan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.
Beliau berkata muka baru perlu diberi peluang untuk bertanding sebagai nilai tambah bagi membantu parti meraih kejayaan pada PRU akan datang.
"Secara umumnya, orang muda lebih memahami kehendak dan keperluan pengundi muda, justeru harus ada sebilangan golongan muda dalam senarai calon yang akan bertanding," katanya.
Mustapa berkata bakal calon daripada golongan muda perlu memenuhi kriteria pemilihan, termasuk memperlihatkan ciri 'calon menang' yang disenangi rakyat.
Beliau menjangkakan calon PRU kali ini sebahagiannya mungkin terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, pesara, tokoh agama atau ahli akademik.
Katanya, pertikaian berhubung calon yang dipilih pucuk pimpinan serta budaya 'cah keting' perlu dihindari kerana ia tidak menguntungkan parti. - Ikhsan dari BERNAMA
Mudah-mudahan apa yang diusahakan oleh UMNO Kelantan ini akan membawa menafaat kepada semua rakyat Kelantan. Insyallah UMNO/BN akan dapat tawan kembali negeri Kelantan dari Parti Pas - IBM

[PUTRAJAYA 9 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dan penyatuan di peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Perdana Menteri berkata, ini kerana sesuatu bahagian merupakan rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kepada kekuatan bahagian.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata ia merupakan antara tiga faktor yang menjadi panduan kepada anggota parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya berharap kita semua dapat menjaga “rumah tangga” kita dalam parti terutama sekali di peringkat bahagian. Jika benar-benar padu, seia-sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya dalam pilihan raya akan datang, “Jadi, pupuklah perpaduan ini, jika tidak ada apa-apa yang tidak kena, cuba betulkan. Janganlah kita mewujudkan politik mengikut puak masing-masing di peringkat bahagian. Jika berbuat demikian, pasti mengundang bencana kepada parti,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama sahabat beliau di Seri Perdana, di sini,
Kira-kira 1,200 tetamu hadir malam ini. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, selain itu, salah satu faktor penting sekali ialah mendekatkan diri dengan rakyat, dan UMNO dan Barisan Nasional mesti dilihat dan diterima sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Katanya faktor ketiga, anggota parti perlu mengutamakan kepentingan parti dalam proses pembaharuan dan transformasi politik yang sedang diperjuangkan dan salah satu tonggak kepada transformasi tersebut ialah mengetengahkan calon-calon yang boleh menang.
“Bagaimana nak menentukan siapa calon berkenaan, biarlah pada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa yang dianggap calon yang boleh menang,” katanya.
Beliau berkata, jika konsep itu diterima, tidak ada kerusi yang akan terkorban semata-mata kerana tidak meletakkan calon yang paling layak.
“Jika dapat terima beberapa panduan ini, saya percaya apa jua yang dilakukan terhadap kita, di peringkat akar umbi, UMNO tetap memainkan peranan utama supaya rakyat akan lebih serasi memilih UMNO sebagai parti yang memerintah negara kita,” katanya.
Najib berkata, kebelakangan ini, pembangkang banyak lakonan dan sandiwaranya yang boleh dimaklumkan kepada rakyat yang antara mereka boleh dicalonkan sebagai pelakon terbaik dan wujud ketidakserasian di antara satu sama lain.
“Tidak perlu mengatakan negara berkebajikan kerana kitalah juara selama ini,” katanya. – Bernama]



Kata Nik Aziz.........[KOTA BHARU Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengubah pendiriannya berhubung penggunaan kaedah biometrik dalam sistem pilihan raya.
Jika kelmarin beliau bersetuju dengan penggunaan kaedah itu tetapi hari Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, sistem berkenaan amat meragukan.
Katanya, sokongan beliau terhadap kaedah biometrik sebelum ini dibuat dengan 'bersyarat', bukannya sokongan secara langsung seperti dilaporkan akhbar.
Sejak dari awal, jelasnya, beliau menolak perkara meragukan dan berpendapat adalah lebih baik kaedah dakwat digunakan.
"Kebetulan semalam ada kenyataan keluar di Selangor tentang seramai 17,000 pengundi yang bertindih dan 500 daripada senarai nama itu sudah diserahkan kepada SPR.
"Ini membuktikan pendaftaran pemilih memang meragukan, bukan setakat meragukan bahkan salah, jadi kepada sesiapa yang tidak mahu kepada Bersih inilah dia, kotor," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jawatankuasa Pas Pusat semalam yang menolak penggunaan kaedah biometrik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan dalam sistem pilihan raya.
Sebelum ini, beberapa akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz bersetuju dengan cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik sekiranya ia membawa kebaikan.
Nik Abdul Aziz berkata, lebih baik kaedah dakwat kekal digunakan kerana ia boleh menyekat masalah pengundian bertindih.]





"Dalam perkara ini, kepercayaan rakyat kepada SPRM harus ada, kredibiliti SPRM juga jangan dipertikai. Tak kan marahkan nyamuk kelambu dibakar. SPRM tidak boleh dipersalahkan dalam isu ini.
"Tetapi, jika ada pegawai SPRM yang terlibat, yang melanggar peraturan penyiasatan yang ditentukan, maka tindakan harus dikenakan ke atas pegawai berkenaan,"
Tangan saya ni dah letih menaip, mengantuk, semalam tak cukup tido. Kalau rajin bacalah, belum habis lagi.. KLIK DISINI.
Kata Harakah :-[KOTA BHARU, 25 Julai: Bagi anda yang merantau tentunya jarang dapat bersua muka dan mendengar sendiri penjelasan pelbagai isu daripada pimpinan kerajaan Kelantan.
Kebiasaannya hanya kesempatan pulang berhari raya sekali setahun dijadikan medan bertemu dengan pemimpin pada program Aidil Fitri.
Namun suatu kelainan dicetus tahun ini, di mana menjelang Ramadan ini kerajaan negeri akan menganjurkan program Himpunan Anak Kelantan di perantauan pada 30 Julai ini.
Program berkenaan akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor.
Program bermula jam 9 pagi hingga 12 malam malam itu bertujuan merapatkan hubungan pimpinan kerajaan negeri dengan anak-anak Kelantan di perantuan.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, selain itu dapat menjelaskan pelbagai isu semasa dan program-program dilaksanakan kerajaan negeri.
”Turut diadakan pameran pelbagai agensi kerajaan negeri, bolasepak interaktif, kaunter semakan daftar pemilih dan khidmat perundingan As-Syifa’,” katanya di sini.
Manakala sebelah petang diadakan wacana khas pada jam 3 petang yang bertajuk, ’Kelantan Menerajui Perubahan – Model Kepimpinan YAB Tok Guru vs Kepimpinan Kontemporari’.
Satu analisis akademik akan dikupas Prof Dr Wan Muhd Aminudin Wan Hussin dan Dr Muhammad Fadzli Hassan.
Anak Kelantan juga berpeluang menunaikan solat Asar bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas itu diadakan perasmian program himpunan Anak Kelantan di perantauan jam 4.30 petang.
Turut diadakan perlawanan bola sepak antara Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) dan Veteran Pemain Kelantan.
Manakala majlis ramah mesra Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama) bersama wanita anak Kelantan turut diadakan.
Jamuan makan malam diadakan pada jam 6.30 petang. Selepas solat Maghrib kuliah khas akan disampaikan Senator Dato’ Dr Johari Mat.
Program interaktif bersama pimpinan akan disertai Menteri Besar, timbalannya, Dato’ Ahmad Yakob dan dua anggota Exco, Dato’ Husam Musa dan Dato’ Mohd Amar Abdullah pada jam 9 malam.
”Kerajaan negeri berharap anak-anak Kelantan di Lembah Klang dapat meluangkan masa menghadiri program tersebut bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim,” ujarnya.]

Mohamed Razali, 42, juga melahirkan kekesalan kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.
Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP, beliau hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.
"Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya.
Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif.
Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad.
Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP.
"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.
"Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.
Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.
Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.]







[KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.
Menurut beliau, orang seperti Anwar tidak akan puas dan sanggup melakukan apa sahaja selagi nafsu dan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.
"Beliau (Anwar) pelakon terbaik, ini perangai dulu dan sampai sekarang tidak pernah berubah. Dalam perhimpunan di Baling, saya kata kepada rakan-rakan sejak dari zaman ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein lagi, dia dah tipu dah.
"Pada 1974, ramai mati kebuluran dan Anwar buat demonstrasi di Kuala Lumpur, zaman Tun Hussien Onn pun buat juga, zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad buat juga, lepas itu berehat sementara, negara aman dan selepas keluar buat pula perhimpunan Bersih 1.0 pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini buat lagi dengan penganjuran Bersih 2.0.
"Bagi Anwar dialah manusia sebaik-baiknya, anugerah Tuhan... inilah jenis manusia yang sebenarnya kita berdepan dengan masalah yang berlaku semalam (Bersih 2.0). Hendak sangat jadi Perdana Menteri hingga sanggup korbankan apa saja termasuk mengetepikan prinsip, soal bangsa dan agama asalkan nafsunya tercapai," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penerangan Perdana bersama Perdana Menteri anjuran Ketua Penerangan UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, macam-macam cerita mengenai Anwar tetapi sehingga kini banyak yang tidak dijawab oleh Penasihat PKR itu termasuk yang terbaru mengenai jam tangan Omega.
"Dalam isu video seks, Anwar kerap menyatakan itu bukan beliau walaupun dua pakar forensik video Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 99.9 peratus pelaku dalam video itu miripnya.
"Dulu, Anwar cerita dia kena racun arsenik, tidak cukup dengan itu, suntikan HIV pula. Bagi dia, kita (kerajaan) ini dari zaman dulu sampai sekarang, semuanya buruk dan dialah manusia yang sebaik-baiknya," katanya.
Najib berkata, dulu, Anwar pernah mengatakan Pas bodoh serta menghentam Penasihat DAP, Lim Kit Siang semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO, tetapi sekarang mereka kawan baik yang dipeluknya.
"Kini, dia (Anwar) lihat Barisan Nasional (BN) sudah begitu baik, banyak pilihan raya kecil kita menang, di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Di Sarawak pun kita menang.
"Jadi, dia melihat semua itu, dengan pendekatan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan gagasan 1Malaysia yang semakin diterima rakyat, dia bimbang sekiranya tidak lakukan sesuatu BN akan menang pada pilihan raya akan datang," katanya.
Beliau berkata, cara terbaik untuk menghadapi ancaman daripada orang seperti Anwar adalah dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.]