Showing posts with label Liverpool. Show all posts
Showing posts with label Liverpool. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Sejenak Bersama The Reds

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA.

SEMBANG-SEMBANG BOLA :

KETUA Jurulatih Malaysia, Datuk K Rajagobal bersalaman dengan Pengurus Liverpool, Kenny Daglish (kanan) pada sidang media sempena Liverpool Jelajah Asia 2011, di One World Hotel.

PEMINAT bersorak menyaksikan pemain Liverpool mengadakan latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PEMAIN Liverpool, Dirk Kuyt menurunkan autograf pada kasut salah seorang peminat ketika sesi bertemu peminat oleh Standard Chartered di One Utama Hotel.
.
PEMAIN Liverpool menjalani latihan menjelang perlawanan persahaatan dengan Malaysia 16 Julai ini sempena Liverpool jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PEMAIN Liverpool FootBall Club (LFC), Raul Meireles (tengah), Sotiros Kyrgiakos (kiri) melakukan latihan sambil diperhatikan Pengurus LFC Kenny Daglish (tiga kanan) ketika sesi latihan sempena ke Malaysia dalam rangka lawatan Jelajah Asia

JANGAN LUPA ESOK PUKUL 5:45 PETANG PERLAWANAN SEBENARNYA ANTARA MALAYSIA MENENTANG LIVERPOOL. MARI KITA GEGARKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.

Thursday, July 14, 2011

Skuad Liverpool Tiba Awal Pagi Esok

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWA DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

SEMBANG-SEMBANG BOLA :

Kepada semua peminat-peminat The Reds, jom kita turun besok ke Stadium Nasional Bukit Jalil dalam sesi latihan skuad the reds. Tapi, yang penting pada hari Sabtu ini. Jangan ketinggalan. Saksikan satu perlawanan yang dijangka hebat di antara skuad Harimau negara kita dan Liverpool.

[KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool FC akan tiba di Malaysia esok bagi Siri Jelajah Asia 2011 mereka.

Ia merupakan kali pertama skuad Liverpool, yang menduduki tangga keenam EPL musim 2010/2011, berkunjung ke Malaysia.

Menurut penganjur, pemain-pemain “The Reds” itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal pagi esok dari Guangzhou, China selepas mengadakan siri perlawanan persahabatan Jelajah Asia 2011 mereka di sana.

Peminat-peminat boleh menyaksikan kelibat pemain-pemain pujaan mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 7 petang.

Bagaimanapun, sesi latihan itu dibuka kepada peminat-peminat yang mempunyai pas khas sesi latihan berkenaan sahaja. – Bernama]


"You'll Never Walk Alone". Go, go, go Liverpool. - IBM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...