Thursday, July 14, 2011

Skuad Liverpool Tiba Awal Pagi Esok

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWA DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

SEMBANG-SEMBANG BOLA :

Kepada semua peminat-peminat The Reds, jom kita turun besok ke Stadium Nasional Bukit Jalil dalam sesi latihan skuad the reds. Tapi, yang penting pada hari Sabtu ini. Jangan ketinggalan. Saksikan satu perlawanan yang dijangka hebat di antara skuad Harimau negara kita dan Liverpool.

[KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool FC akan tiba di Malaysia esok bagi Siri Jelajah Asia 2011 mereka.

Ia merupakan kali pertama skuad Liverpool, yang menduduki tangga keenam EPL musim 2010/2011, berkunjung ke Malaysia.

Menurut penganjur, pemain-pemain “The Reds” itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal pagi esok dari Guangzhou, China selepas mengadakan siri perlawanan persahabatan Jelajah Asia 2011 mereka di sana.

Peminat-peminat boleh menyaksikan kelibat pemain-pemain pujaan mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 7 petang.

Bagaimanapun, sesi latihan itu dibuka kepada peminat-peminat yang mempunyai pas khas sesi latihan berkenaan sahaja. – Bernama]


"You'll Never Walk Alone". Go, go, go Liverpool. - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...