






[LONDON – Nama-nama besar sukan badminton berhimpun di Wembley Arena hari ini buat pertama kali sejak 1993 dengan Kejohanan Dunia sepanjang minggu ini disifatkan sebagai raptai bertaraf lima bintang bagi Olimpik tahun depan.
Antara 350 pemain dari 51 buah negara yang bertandang ke London ialah jagoan dunia termasuk juara tiga kali, Lin Dan dan pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Kali terakhir Wembley Arena menjadi gelanggang Kejohanan All-England ialah 18 tahun lalu sebelum ia berpindah venue ke Birmingham.
Badminton kembali ke Wembley Arena yang dinaik taraf kepada kompleks sukan yang mampu menampung 12,500 penonton, terletak bersebelahan dengan mercu tanda bola sepak terkemuka, Stadium Wembley.
“Tahun ini merupakan tahun gemilang untuk sukan Britain, kami berasa amat bangga dapat memainkan peranan kami.
“Memandangkan terdapat permintaan tinggi terhadap tiket bagi acara badminton pada Sukan Olimpik 2012, kami juga tumpang gembira kerana peminat dari seluruh dunia dapat menyaksikan barisan pemain terbaik dunia setahun sebelum Olimpik tahun depan,” ,” kata Ketua Eksekutif Badminton England, Adrian Christy.
Bekas juara Dunia dan Olimpik, Taufik Hidayat akan menjadi nama besar pertama yang beraksi pagi ini bagi bertemu pemain pada ranking ke- 61 dunia, Rodrigo Pacheco Carrillo.
Chong Wei, yang berada pada kemuncak prestasinya namun masih belum memiliki kejuaraan Dunia mahupun Olimpik, akan berdepan pemain Thailand yang menduduki ranking ke-31 dunia, Tanongsak Saensomboonsuk.
Lin Dan, juara Olimpik pula membuka kempen esok menentang wakil tunggal Lithuania, Kestutis Navickas, sementara rakan senegara yang juga juara Dunia, Chen Jin, akan diuji pemain No. 59 dunia dari Estonia, Raul Must.
China menyapu bersih kesemua lima kategori kejohanan di Paris tahun lalu dan kemampuan mereka untuk mengulangi pencapaian itu kali ini tidak mustahil.
Diketuai Wang Shixian dalam acara perseorangan wanita, negara Tembok Besar itu tampak terlalu unggul dalam acara wanita dan kekuatan mereka dalam acara beregu lelaki dan campuran juga tidak harus dipandang remeh. – REUTERS]
Kita sama-sama doakan agar Datuk Lee Chong Wei berjaya menjuarai kejohanan Dunia yang belum pernah dia kecapi selama dia menjadi permain No 1 dunia. Ikhlas dari : IBM




[KUALA LUMPUR – Sebelum kita umumkan keputusan penuh….nak cakap….tahniah Harimau Malaya!!!!
Walaupun tewas, tetapi pasukan negara sempat juga merobek gawang Liverpool sebanyak 3 kali.
Malaysia telah memberikan tentangan yang mungkin tidak diduga oleh peminat bola sepak tempatan kepada salah sebuah kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sangat handal, Liverpool.
Di akhir perlawanan yang bermula seawal 5.45 petang tadi, Liverpoool dengan rasminya berjaya mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1.
Penjaring Malaysia ialah Safiq Rahim (minit ke-42) dan Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81) manakala penjaring gol Liverpool pula ialah Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 &
90), Dirt Kuyt (93).]






KUALA LUMPUR - Kelantan cemas seketika sebelum mengesahkan kejuaraan Liga Super 2011 apabila diasak pasukan tuan rumah Sabah pada babak akhir perlawanan, sebelum menang 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam.
Selepas jaringan kedua itu, Kelantan yang hanya menantikan wisel penamat dibunyikan, cemas apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76.
Jaringan tersebut menyuntik semangat pemain Sabah untuk memburu gol penyamaan dengan melakukan asak bertali arus, namun gagal menembusi gawang Kelantan yang dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat.
Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor dan Terengganu.]

[Sebaliknya Selangor menutup saingan musim ini dengan penuh kehampaan, apabila bukan sahaja gagal memintas Kelantan, sebaliknya tercicir ke tangga ketiga selepas seri tanpa jaringan dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh.
Kedudukan naib juara pula menjadi milik Terengganu apabila berpesta gol dengan membelasah Felda United 6-2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya meledak empat gol pada minit ke-22, ke-42, ke-70 dan ke-82, manakala dua gol lagi dijaringkan Ree Shafiq Alwi minit ke-16 dan Abdul Manaf Mamat minit ke-18.
Gol Felda United pula dijaringkan Mat Asmarul Fadzil Hassan minit ke-45 dan Mohd. Shazwan Zainon minit ke-85.
Negeri Sembilan menutup saingan musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Perlis diStadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Ahmad Fakri Sharani minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah minit ke-59.
Kedah menamatkan saingan di tangga keempat selepas menang 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan menerusi jaringan tunggal Mohd. Fiqri Md. Isa minit ke-69.]
NAMPAKNYA NASIB SELANGOR TERUS DIRENDUNG MALANG. HANYA YANG TINGGAL SEKARANG IALAH PIALA MALAYSIA. SO, SELANGOR, GO, GO FOR IT. APA PUN TAHNIAH KEPADA PASUKAN KELANTAN. - IBM






