Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Gelombang Merah Di Kelantan : Nik Aziz Mula Kecut

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Laungan keramat “Gelombang Merah” menggegarkan sekitar Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu semalam memperlihatkan angin perubahan rakyat Kelantan mahukan sebuah kerajaan yang mampu membela nasib mereka.

Hakikat berkenaan tidak boleh disanggah lagi apabila baju merah seolah-olah menjadi tema menyambut kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negeri pimpinan Pas selama 21 tahun dibawah teraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sambutan Meriah di Pasir Putih

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melambaikan tangan kepada ribuan penduduk Pasi Puteh yang menyambut beliau dalam program pemimpin bersama rakyat


Slogan 1 Malaysia Bergema Di Kelantan

Lebih 20 ribu penduduk Pasir Puteh, Kelantan melaungkan slogan '1 Malaysia' ketika menyambut kehadiran Perdana Menteri dalam program pemimpin bersama rakyat.

'Selamat Tinggal Pas'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama sebahagian bekas ahli Pas memotong kek 'Selamat Tinggal Pas' dalam program pemimpin bersama rakyat di Pasi Puteh Kelantan

Bersarapan Pagi Bersama Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersarapan pagi bersama penduduk tempatan dalam program turun padang ke Kelantan di Pasir Puteh.

INI YANG MEMBUATKAN NIK AZIZ DAN PAS KELANTAN KECUT PERUT. KEPADA RAKYAT KELANTAN, TERUSKAN MENYOKONG UMNO/BN, MISI RAMPAS KEMBALI KELANTAN PASTI AKAN TERCAPAI. - IBM

Thursday, June 23, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia Mengamit Memori

DARI MEJA IBM
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ia Mengingatkan Beliau Tentang Restoran Rakyat Ketika Zaman Ayahnya

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia menyebabkan beliau terkenang ayahnya, Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein.

“Konsepnya sama dengan restoran rakyat yang ayahanda saya mulakan ketika kemelesetan ekonomi di dalam tahun 1970an,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya.

Kedai yang dijangka akan dibuka di setiap stesen LRT ini diuruskan oleh Syarikat Mydin Holdings Bhd yang diketuai pengarah urusannya, Dato Ameer Ali Mydin dengan bantuan kerajaan.

Najib di dalam ucapannya menyatakan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia diilhamkan kerana ’1Malaysia bukan retorik malah salaman dan sinonim dengan rakyat’.

“Ia jenama barang dan perkhidmatan,” kata beliau ketika pelancaran Kedai Rakyat.


Beliau turut menyatakan bahawa barangan yang dijual di Kedai Rakyat adalah 30-40% lebih murah berbanding dengan harga produk di kedai biasa.

Selain itu Najib turut mengumumkan bahawa Kedai Rakyat membantu pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) kerana barangan diperoleh dari IKS tempatan.

Di samping itu, beliau menambah bahawa pihak kerajaan akan mendapatkan barangan dari Kedai Rakyat 1Malaysia untuk diberikan kepada rakyat yang menjadi mangsa bencana dan sebagainya.

Dalam perkembangan berkaitan beberapa pemandu teksi yang ditemui wartawan FMT melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pelancaran kedai tersebut.

“Kedai dirasmikan pada hari ini tetapi kami tidak dibenarkan menunggu untuk mengambil penumpang sejak beberapa hari lepas kerana pihak polis tidak benarkan kami menunggu di sini,” kata salah seorang pemandu teksi yang tidak mahu menyatakan namanya ketika ditemui.

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA YANG PERTAMA DI UJUDKAN DAN DI RASMIKAN OLEH PERDANA MENTERI DI PETALING JAYA UTARA. TERIMA KASIH PM !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...