Monday, July 4, 2011

Gelombang Merah Di Kelantan : Nik Aziz Mula Kecut

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Laungan keramat “Gelombang Merah” menggegarkan sekitar Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu semalam memperlihatkan angin perubahan rakyat Kelantan mahukan sebuah kerajaan yang mampu membela nasib mereka.

Hakikat berkenaan tidak boleh disanggah lagi apabila baju merah seolah-olah menjadi tema menyambut kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negeri pimpinan Pas selama 21 tahun dibawah teraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sambutan Meriah di Pasir Putih

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melambaikan tangan kepada ribuan penduduk Pasi Puteh yang menyambut beliau dalam program pemimpin bersama rakyat


Slogan 1 Malaysia Bergema Di Kelantan

Lebih 20 ribu penduduk Pasir Puteh, Kelantan melaungkan slogan '1 Malaysia' ketika menyambut kehadiran Perdana Menteri dalam program pemimpin bersama rakyat.

'Selamat Tinggal Pas'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama sebahagian bekas ahli Pas memotong kek 'Selamat Tinggal Pas' dalam program pemimpin bersama rakyat di Pasi Puteh Kelantan

Bersarapan Pagi Bersama Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersarapan pagi bersama penduduk tempatan dalam program turun padang ke Kelantan di Pasir Puteh.

INI YANG MEMBUATKAN NIK AZIZ DAN PAS KELANTAN KECUT PERUT. KEPADA RAKYAT KELANTAN, TERUSKAN MENYOKONG UMNO/BN, MISI RAMPAS KEMBALI KELANTAN PASTI AKAN TERCAPAI. - IBM

4 comments:

  1. Salam Sdr Ismail.
    Mudah-mudahan yang datang tu benar-benar inginkan perubahan dan sokongan itu akan terus kekal dan diterjemahkan dalam PRU13 nanti. Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. W'kumusalam Tuan.

    Harap-harap begitulah. Memang nampak jelas di hati rakyat2 kelantan, mereka benar2 inginkan perubahan. 21 tahun...satu jangka yg lama..kini dh tiba masanya transformasi berlaku di Kelantan....insyallah.

    ReplyDelete
  3. saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
    bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya pada november ini, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia turut akan menghadiri majlis tersebut tarikh resmi akan diberitahu kelak...

    Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu majlis berkemungkinan diadakan di lembah klang dan penginapan akan disediakan bagi peserta yang datang dari luar lembah klang...


    andai berminat sila beri nama, blog anda dan no tel untuk dihubungi..


    Tuan boleh menghubungi saya di email dkds@mykmu.net

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Rakus seorang bujang :

    Terima kasih di atas info Tuan. Insyallah saya akan hadir dan saya akan hubungi tuan melalui email yg di beri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...