Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Rampas Selangor - Satu Hati, Kerja Pasukan : Rahman Palil

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Boleh ke UMNO rampas kembali negeri Selangor dari Pakatan Rakyat (PR) di PRU ke - 13 nanti? soalan yang sukar di jawab, tapi UMNO kata boleh. Ini berdasarkan berkerja sebagai sebuah pasukan, bersatu hati. Yakin boleh kata YB Datuk Rahman Palil. Saya pun berasa yakin, UMNO boleh - IBM

KAPAR, 3 Ogos - Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Rahman Palil menegaskan bahawa BN akan bersatu hati bagi merampas kembali kerajaan negeri Selangor dari pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang dengan gerak kerja BN Selangor yang telah berubah selaras dengan transformasi semasa.

“Gerakkerja secara berpasukan tanpa ada gerak kerja dalam pasukan tapi ada pasukan lain bagi memastikan kemenangan dan kejayaan. Aktiviti dan gerakkerja untuk memastikan kemenangan ini mestilah menawan hati rakyat dan kerja mengampu terus dibuang,” katanya dalam satu wawancara ekslusif bersama UMNO-Online.

Ujarnya, kerja berpura-pura untuk menawan hati rakyat bukan lagi satu permainan kerana rakyat bijak membuat penilaian.

“Pertelingkahan, perselisihan, cah keting, dan yang paling penting kita bekerja dalam satu pasukan tetapi ada pasukan lain, itu kena elak.”

Tambahnya, pemimpin UMNO sendiri perlu faham denyutan nadi rakyat dan sekiranya ada yang sudah tidak menyukai kita, kita harus terima hakikat kerana parti lebih penting daripada pemimpin.

“Saya yakin, kalau kita bekerja bersungguh-sungguh, BN boleh menang di Selangor ini - Rahman Palil


“Dunia dalam politik hari ini untuk rakyat sudah tiada sempadan. Dia boleh memilih. Persepsi juga memainkan peranan penting. Kadang-kadang persepsi yang buruk boleh jadi baik, persepsi yang baik pun boleh jadi buruk kalau kita tidak menyusun strategi yang lebih ampuh dan lebih mantap,” ujarnya yang juga ADUN Sementa, Kapar.

Tegasnya, beliau yakin dengan langkah dan strategi yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO negeri Selangor bahawa Selangor akan kembali bersama BN pada PRU ke-13 kelak.

“Kekangan, kepahitan, keperitan peniaga dan kepayahan dengan peraturan perniagaan yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri yang sentiasa berubah dan tidak konsisten, cukai tanah naik, janji pilihan raya banyak yang tak tunai, bantuan kerajaan negeri yang pilih kasih sedangkan semasa zaman BN mentadbir dulu, masa saya EXCO Agama, saya tak pilih kasih untuk berikan bantuan zakat sedangkan hari ini lebih banyak retorik yang dicipta oleh kerajaan negeri.

“Saya yakin, kalau kita bekerja bersungguh-sungguh, BN boleh menang di Selangor ini. Dulu lain, sekarang lain. Tetapi bila sekarang lain, gerak langkah kita mesti penuh yakin bahawa kita kerja dalam satu pasukan dan kehendak rakyat harus kita lihat,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

Monday, July 11, 2011

Anwar Petualang Negara, Kata Najib

[DARI MEJA IBM ] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

SMS yang saya terima pada 8 Julai 2011 : "Salam UMNO PJU : UMNO Malaysia menjemput Jawatankuasa 4 peringkat ke Majlis Penerangan Perdana pada Ahad 10 Julai jam 8:30-13:00 di Dewan Merdeka, PWTC."

Mula-mula memang saya hendak hadir, tapi tiba-tiba ada hal keluarga yang penting untuk di bereskan dulu.

Najib Tun Razak mengangkat tangan selepas memberi ucapan pada majlis Penerangan Perdana di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Antara yang hadir pada majlis itu termasuklah wakil-wakil daripada UMNO, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan GLC.

Petikan Dari Utusan Malaysia Majlis Penerangan Perdana :

[KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Menurut beliau, orang seperti Anwar tidak akan puas dan sanggup melakukan apa sahaja selagi nafsu dan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.

"Beliau (Anwar) pelakon terbaik, ini perangai dulu dan sampai sekarang tidak pernah berubah. Dalam perhimpunan di Baling, saya kata kepada rakan-rakan sejak dari zaman ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein lagi, dia dah tipu dah.

"Pada 1974, ramai mati kebuluran dan Anwar buat demonstrasi di Kuala Lumpur, zaman Tun Hussien Onn pun buat juga, zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad buat juga, lepas itu berehat sementara, negara aman dan selepas keluar buat pula perhimpunan Bersih 1.0 pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini buat lagi dengan penganjuran Bersih 2.0.

"Bagi Anwar dialah manusia sebaik-baiknya, anugerah Tuhan... inilah jenis manusia yang sebenarnya kita berdepan dengan masalah yang berlaku semalam (Bersih 2.0). Hendak sangat jadi Perdana Menteri hingga sanggup korbankan apa saja termasuk mengetepikan prinsip, soal bangsa dan agama asalkan nafsunya tercapai," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penerangan Perdana bersama Perdana Menteri anjuran Ketua Penerangan UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, macam-macam cerita mengenai Anwar tetapi sehingga kini banyak yang tidak dijawab oleh Penasihat PKR itu termasuk yang terbaru mengenai jam tangan Omega.

"Dalam isu video seks, Anwar kerap menyatakan itu bukan beliau walaupun dua pakar forensik video Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 99.9 peratus pelaku dalam video itu miripnya.

"Dulu, Anwar cerita dia kena racun arsenik, tidak cukup dengan itu, suntikan HIV pula. Bagi dia, kita (kerajaan) ini dari zaman dulu sampai sekarang, semuanya buruk dan dialah manusia yang sebaik-baiknya," katanya.

Najib berkata, dulu, Anwar pernah mengatakan Pas bodoh serta menghentam Penasihat DAP, Lim Kit Siang semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO, tetapi sekarang mereka kawan baik yang dipeluknya.

"Kini, dia (Anwar) lihat Barisan Nasional (BN) sudah begitu baik, banyak pilihan raya kecil kita menang, di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Di Sarawak pun kita menang.

"Jadi, dia melihat semua itu, dengan pendekatan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan gagasan 1Malaysia yang semakin diterima rakyat, dia bimbang sekiranya tidak lakukan sesuatu BN akan menang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata, cara terbaik untuk menghadapi ancaman daripada orang seperti Anwar adalah dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.]


ALHAMDULILLAH. SEMUANYA BERJALAN LANCAR DENGAN SEMANGAT YANG BERKOBAR DARI PM KITA DAN AHLI-AHLI UMNO YANG HADIR. HIDUP DS NAJIB, HIDUP UMNO!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...