Wednesday, May 30, 2012

Kerajaan PAS Kelantan Kerajaan 'Peminta Sedekah'??


MINTA DERMA : KERAJAAN PAS DIMINTA BERHENTI PERBODOHKAN RAKYAT...



Kerajaan Pas Kelantan diminta berhenti daripada memperbodohkan rakyat negeri ini dengan meminta derma untuk membina lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang melibatkan kos sebanyak RM1.8 bilion. Tapi...meminta derma ni dah menjadi 'darah daging' Pas. Di mana-mana depa tebalkan muka, buat slamber rock je minta sedekah. Kononnya derma untuk besarkan Masjid/Surau. Lepas tu duit tu entah kemana perginya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, majlis letak batu asas dan pelancaran derma untuk lebuh raya yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lebih daripada satu gerak saraf dan propaganda politik Pas Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz tidak boleh selamanya memperbodohkan rakyat dengan pengumuman projek mega kerana mereka boleh menilai sejauh mana pelaksanaan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin Pas sebelum ini.

"Saya geli hati apabila Nik Aziz menyeru rakyat Kelantan menderma untuk projek Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai yang menelan belanja RM1.8 bilion. Kalau harap derma mungkin 50 ke 100 tahun lagi baru siap, inilah gimik dan sandiwara politik yang terhebat abad ke-21." katanya.

Sudah le tu Pas. Jangan perbodohkan rakyat lagi. Cukup le penderitaan yang rakyat Kelantan tanggung. Banyak masalah yang belum selesai dan janji-janji dulu yang kerajaan Pas Kelantan janjikan. Masalah air yang terlalu kritikal, itu mesti di selesaikan dulu. Hidup rkyat Kelantan bagikan di era zaman batu, begitu mundur. Selagi Pas memerintah selagi itulah Kelantan akan mundur dan ketinggalan kebelakang.

Jom, IBM ajak rakyat Kelantan buat perubahan baru, tinggalkan Pas dan beri mandat pada UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti. Tukar kerajaan bererti tukar cara kehidupan yang lebih sempurna dan lebih maju. Insyallah. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...