Tuesday, May 15, 2012

Akhirnya..Tunku Aziz Tinggalkan DAP...


Anwar Ibrahim pernah kata, 'Melayu Kuat Masuk DAP', tetapi Tunku Aziz, seorang anak Melayu yang banyak menyumbang jasa pada rakyat dan negara nampaknya sedar bahawa perjuangan politik pembangkang seperti DAP hanya' bernafsukan' KUASA semata-mata.

PKR pula hanya mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, PAS terlalu ghairah menggunakan Islam untuk mendapat sokongan orang Melayu dan DAPig terus memecah-belahkan orang-orang Melayu semata-mata untuk kuasai kerajaan.

Ini bukan perkara baru dalam dunia politik Malaysia. Setiap pemimpin yang berani buat perubahan akan menerima pembalasan. Contohnya, YB Zulkifili Nordin dalam PKR, YB Datuk Dr. Hasan Ali dari PAS dan terkini Tunku Aziz dari DAP. Menyedari tiada kebebasan 'bersuara' dalam DAP, Tunku Aziz mengambil tindakkan yang bijak. Beliau membuat keputusan untuk keluar dari DAP.

Bagi pandangan IBM, itulah adalah satu keputusan yang bijak yang diambil oleh seorang ahli politik yang matang dan telah banyak berjasa pada rakyat seperti Tunku Aziz. Syabas dan tahniah!. DAP dan pakatan rakyat sedang tenat. Maka, elok benarlah dikuburkan mereka-mereka ini di PRU ke-13 nanti. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...