Inikah barisan Kabinet Anwar yang akan menerajui negara sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya pada PRU ke-13 nanti?
KERANA terlalu ghairah nak menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar segera mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan bagi pakatan pembangkang memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi. Beliau dicabar oleh Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim (gambar) yang berkata, semua pihak khususnya rakyat perlu tahu mengenai calon-calon Kabinet bayangan tersebut bagi memudahkan mereka membuat kajian, perbandingan serta penilaian. Menurut Ruslan, sekiranya Anwar enggan berbuat demikian, ia membuktikan sikap Ketua Pembangkang itu yang suka berjanji dan tidak mustahil beliau mungkin telah berjanji dengan beberapa calon untuk memberikan jawatan sama.

Sambil itu Roslan yakin Anwar tidak mahu membuat pengumuman tersebut kerana takut muslihat serta janji-janjinya kepada beberapa calon akan terbongkar dan tembelangnya pecah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Isu berhubung Kabinet bayangan yang dikaitkan dengan pakatan pembangkang sering kali dibangkitkan. Malah, banyak pihak telah mencabar Anwar serta pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain menamakan calon-calon Kabinet bayangan mereka sekiranya yakin memenangi pilihan raya umum akan datang.
Contohnya, Pakatan pembangkang pernah mengemukakan senarai Kabinet bayangan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu walaupun hakikatnya Barisan Nasional (BN) menang majoriti dua pertiga di negeri berkenaan. Itulah janji-janji Anwar keranasemua kita tahu Anwar memang pandai membuat janji, tapi, janji tinggal janji. Segala apa yang dirancang oleh Anwar tidak menjadi kerana Allah s.w.t tidak merestuinya. Dan....kalau kita lihat sekali imbas muka-muka yang diatas tu, memang tak layak pun untuk menerajui negara kerana sebiji macam muka 'penyangak' dan muka-muka ini akan menghancur dan memburukkan nama negara. Percayalah cakap IBM.
Kepada Anwar, IBM nak beritahu, lupakanlah cita-cita kamu untuk menjadi Perdana Menteri, kerana kamu memang tidak layak dik kerana masalah moral dan banyak lagi. Diri kamu penuh 'bergelumang' dengan dosa, dosa kepada tuhan dan dosa terhadap rakyat jelata. Maka, jawatan tersebut (Perdana Menteri) memang tidak layak untuk kamu. Langkah mayat kami dulu wahai Anwar Al-Juburi sebelum kamu nak menjadi pemimpin no 1 negara. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
layak ke tak layak tu dh jatuh nombor lain. nombor wahidnya "tak sempat". pru13 dia akan terjunam dlm gaung...
ReplyDeleteSalam usin,
ReplyDeleteSama-samalah kita doakan agar dia (Anwar) terjunam dlm gaung di RU ke-13 nanti. Baru aman negara kita. Beliau memang tak layak menjadi Perdana Menteri...