

Dalam pada itu, Rais berkata segala hal berhubung cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai alternatif kepada Majlis Peguam perlu dikaji terlebih dahulu. Beliau bagaimanapun kurang bersetuju dengan cadangan penubuhan badan itu dengan menyifatkannya sebagai "tidak kena pada masanya". Rais bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak agar Majlis Peguam tidak dilihat menyokong mana-mana pihak. Pada majlis itu, beliau meraikan 250 warga KPKK dan agensi kerajaan yang terlibat dalam istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam sebagai Yang di-Pertuan Agong bulan lepas. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan, Rais berkata beliau menerima pujian daripada seluruh barisan kabinet kerana telah menganjur istiadat itu dengan jayanya. "Kejayaan acara pertabalan itu adalah hasil kerjasama dan kerja keras semua warga KPKK melibatkan pelbagai agensi demi memastikan acara gilang-gemilang itu berjalan dengan lancar dan sempurna," katanya.]
Maka sudah jelas, DAP adalah sebuah parti 'rasis' yang langsung tidak 'demokratik' kerana tidak membenarkan ahlinya bersuara atau membuat kritikan terhadap parti. Mereka saling menuduh bahawa UMNO adalah parti 'rasis'......tapi, ini jelas terbukti siapa yang 'rasis' sebenarnya. Bagi IBM, parti DAP ini amat-amatlah merbahaya kepada rakyat dan negara kita. Dan...IBM setuju benar dengan apa yang dikatakan oleh DS Dr Rais Yatim . Memang tepat sekali.
Kalau para pembaca semua ingin tahu betapa 'rasis' dan bahayanya DAP kepada negara kita, baca sebuah buku yang berjudul 'Bahaya DAP Kepada Kedaulatan Dan Perlembagaan Negara' (seperti gambar diatas). Terdapat dijual di kedai-kedai buku ternama di seluruh negara. Anda akan dapat mendalami dan memahami perjuangan DAP yang sebenarnya. Jangan lupa beli kerana DAP sentiasa mencari jalan untuk memecah-belahkan orang melayu demi untuk berkuasa di negara ini. Fikir-fikirkanlah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA