Monday, May 21, 2012

Bersih 4.0 Di Hadapan Rumah Ambiga??

SOHAIMI (enam dari kanan) berhimpun bersama peniaga pada majlis pelancaran Bersih 4.0 di Kuala Lumpur semalam.

INI baru betui. IBM sokong seratus peratus di atas tindakan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia Muda (Perdasama Muda)yang akan mengadakan perhimpunan khas selama dua hari dinamakan Bersih 4.0 di kawasan kediaman penganjur Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini. Biar Ambiga rasakan betapa seksa dan peritnya bila 'periuk nasi' peniga-peniga terjejas akibat himpunan Bersih 3.0 lalu.
Mengikut kata Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan, bagi tujuan itu, seramai 60 peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan membuka gerai di kediaman Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini. Dengan cara begitu, dapat meyedarkan si betina Ambiga yang sombong dan bongkak agar ianya tidak diulangi lagi. Negara kita negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tapi...kenapa  harus ianya berlaku disebaliknya yang mana menyusahkan banyak pihak dan banyak harta awam rosak dan binasa. 


Akibatnya, kerajaan menanggung kerugian, peniaga-peniaga terpaksa tutup, para pelancung lari dan disekitar Ibu kota lumpuh pada hari tersebut.Tidakkah ini menyedarkan pembangkang, termasuk S Ambiga sendiri? Oleh itu, perhimpunan khas Bersih 4.0 yang akan diadakan dihadapan rumah Ambiga pada hari Khamis dan Jumaat ini sebagai tanda protes dan penganjurannya dibuat bagi menunjukkan 'makna Bersih' yang sebenarnya dan ianya bukan provokasi, tetapi untuk menuntut keadilan bagi peniaga di Jalan TAR dan juga Masjid Jamek yang teraniaya.
Menurut Datuk Sohaimi lagi, peniaga-peniaga ingin menuntut hak mereka yang rugi besar akibat kekecohan yang tercetus semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Jalan TAR di sini semalam. IBM harap, Ambiga akan berfikir seribu kali sekiranya beliau ingin mengadakan perhimpunan  Bersih 4.0 yang sebenarnya. Sudah tentu kali ini Ambiga akan ditentang habis-habisan oleh banyak pihak.

Jangan ulangai lagi kesilapan yang lampau wahai S Ambiga. Dan, mesti diingat, ianya seperti bermain dengan 'api'. Kalau himpunan Bersih yang lepas-lepas, apinya membarak,  tidak membakar tangan kamu, tapi...kali ini jika diulangi, bukan sahaja tangan mu akan terbakar, malah seluruh badan mu akan terbakar. Percayalah. Oleh itu, berfikirlah secara waras, hormatilah undang-undang negara yang ada, dan ikutlah cara yang betul, iaitu cara PRU. Itu sahaja. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...