SEMBANG-SEMBANG BOLA :
Perlawanan Liverpool vs Chelsea pagi tadi berakhir dengan kemenangan 4-1 kepada Liverpool. Sebagai peminat Liverpool, kemenangan ini tidaklah begitu dirasakan sebab perlawanan tersebut tidak lagi penting buat kedua-dua pasukan.

Gol-gol Liverpool : gol sendiri (Michael Essin) minit (18), Jordon Henderson (24), Daniel Agger (27), Jonjo Shelvey (61), manakala gol sagu hati Chelsea oleh Ramires, minit (49).
Apapun, IBM bangga melihat corak anak-anak buah Kenny bermain. Berbeza semasa perlawanan akhir Piala FA. Walaupun Chelsea menyimpan setengah pemain utama mereka bagi menghadapi perlawanan akhir Champion League menentang Bayern Munich. Tapi..itu bukan alasan. Kepada semua peminat-peminat Liverpool, teruskan menyokong pasukan kesayangan kita, insyallah, Liverpool akan bangkit di musim baru ~ IBM
"You'll Never Walk Alone"
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA