Monday, May 7, 2012

Pas "Parti AjaranSesat". Itulah Pendirian Ahmad Said



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sekali lagi mengulangi kesediaan disaman oleh Pas atas kenyataannya sebelum ini bahawa parti Pas merupakan Parti Ajaran Sesat.
Ujarnya, perjuangan Pas hari ini jauh terpesong dari matlamat perjuangannya, malah perjuangan Pas kini boleh dianggap menjejaskan akidah umat Islam dalam negara ini.
“Jika dulu mereka gah dengan slogan Negara Islam, kini sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR, slogan negara Islam dah jadi negara berkebajikan.
“Penyelewengan dan kesesatan yang dibawa Pas terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama menjadi duri dalam daging, bukti yang sangat jelas ialah ‘Amanat Haji Hadi’ yang telah membawa kepada Peristiwa Memali yang menyaksikan 12 orang telah terbunuh dalam peristiwa tersebut,” ujarnya.
Beliau berkata demikianselepas menyerahkan bendera Sang Saka Bangsa kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob selepas tiga hari bendera ini menjelajah negeri Terengganu.
Tambahnya, beliau sedia disaman kerana beliau ada bukti sambil merujuk  ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.
“Selagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah Pas berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub. Kesannya cukup besar hingga ke hari ini seperti Solat Jumaat dua Imam dalam satu kariah, pulau memulau, berkelahi. Inilah yang Pas warisi dalam ‘dakwah’ mereka.
“Kalau nak saman, samanlah. Kita tunggulah.. payah apa. Apa yang dia tidak kata, UMNO kafirlah dan dia kata ke kita (BN dan UMNO) macam-macam. Kita tidak pernah saman pun.. Ini soal politik, kita buat cara politik kita tunggulah. Dia nak saman mahkamah mana? Syariah atau sivil? Kalau mahkamah sivil rasanya payah perbicaraan ini..  kena keluar dalil al-Quran semua sekali,” katanya sebagai mengulas pendirian beliau mengenai ugutan Pas supaya beliau menarik semula kenyataanya selepas melabelkan Pas sebagai `Parti Ajaran Sesat'.
Kesimpulannya, apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Ahmad Said tu memang betul, IBM sokong seratus peratus, dan IBM yakin rakan-rakan diluar sana pun setuju. Pas telah banyak menyusahkan umat Islam dan orang-orang melayu dengan perjuangan 'songsang'nya yang mana mereka sering menabik dada bahawa parti merekalah yang memperjuangkan Islam dan merekalah ahli-ahli syurga yang kononnya perjuangan mereka di restui oleh Allah s.w.t. 
Bagi IBM, biarkanlah Pas dengan ajaran sesatnya. Tuhan tetap bersama-sama kita. Teruskan perjuangan. Umno/BN tetap utuh kerana rakyat merasakan selamat bersama Umno/BN. IBM tak sabar nak tengok Pas saman Datuk Seri Ahmad Said. Elok beno le tu. Pas pun dah hampir bankrupt, tak ada duit nak berkempen di PRU ke-13 nanti hinggakan Pok Nik terpaksa melelongkan barang-barang kesayanganya demi untuk dana Pemuda Pas yang kekurangan duit. Duit dah habis. Kemana perginya duit-duit yang dulu tu ye?...tanya Pas, mereka tahu. ~ IBM
TERIMA  KASIH MEDIAUMNO.COM
DAN......TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...