Tuesday, May 1, 2012

Anwar, Ambiga Disiasat, Dan Ramai lagi akan Menyusul....


PENGANJUR PERHIMPUNAN BERSIH,PEMBANGKANG LANGGAR UNDANG-UNDANG : HISHAMUDDIN 
KUALA LUMPUR : Polis dan Peguam Negara akan meneliti kertas siasatan untuk menentukan tindakan terhadap penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang disertai ramai pemimpin pembangkang sehingga bertukar kepad keganasan serta rusuhan penyokong mereka di sekitar Dataran Merdeka, di sini kelmarin.

Siasatan berkenaan akan menentukan bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap penganjurnya, Datuk S Ambiga serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain yang dilihat berucap kepada penyokong mereka sebelum rusuhan dan keganasan berlaku.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein, semalam berkata selain meneliti hasil siasatan, pihak berkuasa akan mengkaji semua laporan, termasuk punca rusuhan dan keganasan yang dicetuskan oleh penyokong mereka. "Secara keseluruhan, penganjur, pembangkang dan peserta perhimpunan sudah melanggar undang-undang sedia ada perlu diambil terhadap mereka," katanya.

Selain Anwar, pemimpin lain yang dilihat di lokasi perhimpunan adalah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohmad Azmin Ali; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar; AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Dr Dzulkefly Ahmad serta Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul kadir Sheikh Fadzir; Pengerusi DAP. Karpal Singh; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari juga dilihat berada bersama peserta perhimpunan. Hishammuddin juga berkata, siasatan polis dan pasukan pendakwaan merangkumi apa yang sebenarnya berlaku, terutama tindakan ganas oleh peserta perhimpunan.



“Pihak yang menjalankan siasatan juga akan meneliti rakaman video oleh PDRM mengenai pelbagai insiden sehingga mendatangkan kecederaan kepada anggota polis, kerosakan harta awam dan kenderaan polis,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas melawat anggota polis yang tercedera bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hishammuddin berkata, penganjur, SUHAKAM dan Majlis Peguam yang sering menyalahkan polis kononnya bertindak ganas, perlu melihat tindakan peserta perhimpunan melakukan provokasi terhadap polis yang bertugas mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata, mereka tidak sepatutnya hanya melihat video yang mereka rakam saja kerana polis juga mempunyai rakaman dari setiap sudut bagi memperjelaskan gambaran situasi sebenar ketika perhimpunan.

Ditanya mengenai kejadian kelmarin yang yang dianggap paling buruk berbanding perhimpunan sebelum ini, Hishammuddin berkata, ia terkawal dengan pegawai dan anggota polis melaksanakan tugas dengan semangat serta kesabaran yang amat tinggi.

“Kita mempunyai pelan jika perhimpunan berkenaan gagal dikawal, namun apabila polis dapat mengawal sebaik-baiknya, tindakan itu dirasakan tidak perlu,” katanya.

IBM amat-amat setuju supaya kedua-dua mereka, Anwar dan Ambiga disiasat dan dikena tidakkan undang kerana perbuatan mereka ama-amat merbahayakan keselamat negara dan juga keselamatan rakyat. Jelas, mereka dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain menjadi dalangnya sehingga tercetus rusuhan sehingga pertumpahan darah berlaku.

Kepada KDN, janganlah berlembut lagi. Bertindaklah mengikut undang-undang yang sedia ada. Kita pemerintah, apa yang nak ditakutkan. Mereka pengkhianat bangsa, agama dan negara..apa lagi tunggu, hukum dan nyahkan mereka dari bumi Malaysia yang tercinta ini. Itu pendapat IBM....rakan-rakan diluar sana pun sependapat dengan IBM. Sekian. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. muak lah cerita disiasat tunggu peguam negara...dari BERSIHT 2.0..dok ulang ayat sama..dah tahap ganas.pun keling ambabiga masih bebas..tangkap jerlah..reman seminggu,Al-Jubori boleh ditangkap terus masuk lokap dan dibicara terus ke penjara, ini keling sekor pun susah ker..dah mendatangkan kecederaan,tak kan sampai ada yg mati baru terhegeh-hegeh nak tangkap ...yang dok keluar kat kepala tu ayaq sirap kot?

    ReplyDelete
  2. inila pentingnya ISA...binasakan sebelum virus merebak...sekarang dah terlambat...dah terlalu ramai yg dijangkiti...ISA pon dah mansuh...penghasut senang beroperasi dibalik tabir..
    malang...urusan keselamatan negara diserahkan pada orang2 yg xde telo

    ReplyDelete
  3. KEKURA,
    Insyallah, KDN dan Polis sedang buat siasatan tu. Sabar..sabar. Polis tak lepas mereka kali ini. Dah melampau. Si betina dari Sri Langka tu (AMBIGA) wajib ditangkap dan Al-Juburi juga. Saya setuju dgn pandang Tuan. apa mereka ingat darah yg keluar dari mereka yg cedera itu ayaq sirap kot....kita tunggu dan lihat nanti...kebenaraan akan tercetus jugak...

    ReplyDelete
  4. SambaLBelacaN,

    Apa nak buat. Kerajaan kita terlalu berlembut. Nak ambik hati rakyat seperti anjing-anjing kuning Bersih dan pemimpin2 mereka, ISA di mansuhkan. Sekarang lihat apa sudah jadi?...susah kerajaan nak bertindak. mereka memang berniat nak huru-harakan negara dan sekali gus nk gulingkan kerajaan BN dgn cara kekerasan. Tapi....allah s.w.t tak izinkan ianya berlaku. Memang mereka (Pembangkang) xde telo....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...