Tuesday, May 29, 2012

Pembangkang Tidak Akan Tunaikan Janji P'Raya ~ Najib



PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyuarakan "keraguan yang serius" terhadap janji-janji pilihan raya pembangkang. Bercakap kepada pemimpin perniagaan di Invest Malaysia 2012, beliau berkata pendekatan "populis" hanya menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya berminat untuk memerintah. Sehubungan itu, katanya, beliau meragui janji-janji Pakatan tersebut, termasuklah janji untuk mengurangkan terus harga petrol jika memerintah.Malah, tegas Najib, tidak ada seorang pun di dunia yang berbuat demikian. "Kami telah membelanjakan RM2 bilion sebulan untuk subsidi (petrol) dan jika kita naikkannya kepada RM3 bilion atau RM4 bilion, apakah akan jadi pada kewangan kita?"



Hal-hal yang macam itu, apa ada hal pada pembangkang. Bagi mereka buat janji ni dah jadi satu budaya bagi mereka. Lepas itu langsung tak tertunai. IBM memang hairan dengan sikap sesetengah rakyat di negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Jelas dan nyata mereka ditipu dan segala janji-janji pembangkang di dalam manifesto mereka di PRU yang lepas, belum tertunai. Tapi, masih mereka menyokong Pakatan Rakyat bagi nak rak. Ini yang IBM tak faham. Kenapa dan mengapa?

Apapun, apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri kita itu ada asasnya dan memang bernas, bukan rekaan, tapi, rakyat sudah mengetahuinya bahawa janji Pakatan Rakyat adalah janji-janji kosong. IBM tak nak komen banyak-banyak, cuba lihat apa sudah jadi dengan negeri Selangor?. Rakan-rakan pembaca semua fikir-fikirkanlah. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...