Tuesday, May 1, 2012

Semangat LIVERPOOL Melonjak!!

SENTUHAN BERBISA... Suarez menjadi aset berharga Liverpool pada kempen musim ini.


SEMBANG-SEMBANG BOLA BERSAMA KELAB KESAYANGAN KU - LIVERPOOL

LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish tetap mempertaruh barisan terkuat ketika menanti kunjungan Fulham pada aksi Liga Perdana England di Anfield awal pagi esok. Sabtu lalu, Dalglish telah melakukan lima pertukaran pemain utamanya ketika Liverpool menbenam Norwich City, 3-0 pada saingan Liga yang menyaksikan Luiz Suarez meledakkan hatrik.

Pada aksi di Carrow Road itu, penyerang tinggi lampai, Andy Carroll antara tonggak Liverpool tidak diturunkan kerana mengalami masalah kecederaan. Begitupun, Carroll dijangka akan kembali beraksi awal pagi esok, manakala Suarez direhatkan sebagai persediaan menghadapi Chelsea pada aksi final Piala FA di Stadium Wembly, Sabtu ini.

Musim ini boleh dianggap malang buat Liverpool, khususnya dalam saingan Liga domestik kerana skuad The Reds itu hanya memenangi lima daripada 17 perlawanan di laman sendiri. Apalah malangnya Liverpool. Kita harap Liverpool akan cemerlang di perlawanan akhir piala FA nanti. Insyallah.

Begitu jugalah harapan kapten Liverpool, Steven Gerrad, agar The Reds berada di dalam situasi terbaik sebelum menghadapi Chelsea, Sabtu ini. Harapan yang tinggi juga oleh Dalglish dan juga peminat-peminat Liverpool di seluruh dunia.

IBM harap The Reds beraksi cemerlang di pentas final (Piala FA) dengan momentum kemenangan dan sekali gus menambahkan koleksi piala untuk di bawa pulang ke Anfield. Sama-sama kita doakan. The Reds : "You'll Never Walk Alone". ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...