Tuesday, January 29, 2013

Program 'Hati Rakyat'. RM50 Juta Diluluskan. Cayalah BN!!

SUDAH tentu pembangkang haram jadah akan kata, ini adalah program pilihan raya (PRU). Najib dan BN dah terdesak le tu bla..bla. Tapi, sebeno-benonya mereka (pembangkang) sudah mula cuak kerana peratus rakyat/pengundi telah beralih kepada BN. Transformasi yang Perdana Menteri, DS Najib buat adalah tronsformasi untuk semua tak kira apa bangsa dan agama. Kita adalah 1 Malaysia.

Program 'Hati Rakyat' ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada majlis pelancaran Jubli Emas Majlis Persatuan Wanita Kebangsaan Malaysia (NGWO) di Dewan Perdana Felda semalam. Fokus utama program tersebut adalah untuk membantu dan disalurkan kepada ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas mengikut keperluan masing-masing.

Menurut PM lagi, bantuan tersebut mungkin digunakan untuk latihan, keperluan warga emas seperti membeli lampin dan kerusi roda. Dan, bantuan kewangan itu akan dicampuradukkan dengan program 1Azam , maka wanita yang ingin berniaga kecil-kecilan boleh mendapatkan bantuan tersebut.

Harapan beliau agar peruntukan yang disalurkan mestilah sdampai kepada kumpulan sasar yang ditetapkan. Kalau tidak, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan mempolitikkan program hati rakyat ini dengan menuduh kerajaan mempermainkan rakyat dan janji-janji tersebut adalah bohong semata-mata untuk memancing undi. Itulah kepakaran pihak pembangkang yang sentiasa mengintai, dan akhirnya menfitnah rakyat bagi membenci kerajaan. Fikir-fikirkan. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...