Wednesday, January 30, 2013

BN Diramal Menang PRU-13. Najib Layak Jadi PM. Anwar Layak Ke Sg. Buloh!!


[SATU kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal untuk memenangi pilihan raya ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada tahun ini. Bertajuk Kajian Maklum balas Pengundi Mahasiswa, kajian itu membabitkan 3,000 respon dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama. Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.
Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa, Datuk Radzi Abdul Latif berkata, 57 % responden yang mewakali UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kemimpinan Perdana Menteri baik dan popular. Selain itu 59 % dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri.
"Kajian juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti) merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti," katanya ketika mengumumkan hasil kajian tersebut dalam sidang akhbar. Beliau berkata hasil kajian mendapati 68 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa pada PRU-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 40 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa bagi kerusi Parlimen.]
P/S ~ Nampaknya kajian yang telah dibuat oleh mahasiswa tu boleh buat Anwar muntah darah dan tak tido malam. Boleh le kiranya Anwar berkira-kira untuk lari dari negara ini. Kalau dia tunggu juga, silap-silap akan terperonyok dalam penjara, kerana telah Anwar bukanlah calon yang layak untuk memimpin negara, apa lagi nak Jadi PM. Dan dia juga telah banyak menyusahkan kerajaan dan rakyat. Syabas DS Najib. Teruskan perjuangan mu, kerana 'Perjuangan Kita Masih Belum Selesai'. Ikhlas dari saya ~ IBM 
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...