Tuesday, January 22, 2013

Mengucap Cara PAS. Baru Hadir Majlis 'Tahlil Arwah"

EKORAN DARI AJARAN SESAT PAS MAKA PAK CIK NI JADI MANGSA :


PUAK-PUAK PAS ni masih lagi terlalu taksub, angkuh dan sombong. Mereka menggangap diri mereka terlalu suci dan mulia di sisi agama Islam. Tapi, itu adalah anggapan yang bodoh dan akan merugikan diri mereka sendiri. Kesian pada Che Ramli Daud, 55 (gambar), yang awalnya dianggap bukan penyokong Pas terpaksa mengucap dua kalimah syahadah sekali lagi sebagai tanda kembali ke dalam Islam bagi membolehkan imam dan penduduk kampung menghadiri majlis tahlil arwah ibunya.

Biarpun terfikir bahawa beliau bukan kafir, Che Ramli Daud terpaksa melakukan juga di hadapan imam di rumah arwah emak di Kampung Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, Kelantan sebelum majlis tahlil kerana sekitar kampung kebanyakannya orang Pas. Isss..Isss. apa nak jadi dengan puak-puak Pas ni? Majlis tahlil arwah pun di politikan. Sempit betui pemikiran puak-puak Pas ni.

Menurut Che Ramli lagi, beliau dah mula di boikot oleh puak-puak Pas apabila beliau ketika itu dilihat sebagai penyokong UMNO kerana menjalankan usaha membuat perabot dengan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), jabatan yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional dan orang UMNO, ujarnya. Aduhai, nak cari makan pun susah di kawasan yang di kuasai oleh PAS, Parti Ajaran Sesat ni ye? Apo dah jadi Pas ooi!!

Menyingkap masa lalunya, beliau yang menetap di Bukit Perepat dekat sini sejak hampir dua dekad lalu menceritakan ketika Amanat Haji Hadi memuncak sehingga menjadi pegangan hampir keseluruhan penduduk, UMNO seolah-olah tidak lagi wujud. Penduduk di situ terlalu taksub dan akur dengan Amanat Haji Hadi ketika itu. Sampai bilakah ahli-ahli Pas ni akan sedar bahawa diri mereka telah di tipu hidup-hidup oleh Pas?

IBM harap mereka semua akan sedar dan balik kepangkalan jalan. Tinggalkan Pas dan Pakatan Rakyat. Insyallah, kita semua selamat. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM 

~ PAS ADALAH PARTI POLITIK BUKAN PEJUANG AGAMA ISLAM ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...