Friday, April 18, 2014

ALAHAI..KALAU DAH BUAT TU MENGAKU JE LE.....

JUMAAT, 18 APRIL 2014
Alahai, biasalah tu. Siapa nak mengakukan? Memang itu budaya pembangkang ni. Depa berani buat, tapi bila dah kena tembak, depa cepat-cepat buat laporan Polis. Nak cover lubang le tu. Bagi IBM, berani buat berani tanggung le. Tak ada telo ke?  Begitulah dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kayat (gambar bawah) seko ni. Beliau menafikan menghantar arahan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp yang mengajak ahli dan pemuda parti itu ke upacara 'melangkah mayat' Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Hospital Ipoh, Perak. Katanya, arahan yang disebarkan itu dengan menggunakan namanya adalah tidak benar malah beliau turut mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Kononya, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan SMS dan WhatsApp kononnya ini merupakan arahan daripada beliau. Katanya Mesej ini berniat jahat dan cuba mencemar nama baik beliau sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. Beliau membalas dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman fanpage Facebook Suhaizan Kayat hari ini. Arahan tersebut disebarkan selepas berita kematian Karpal Singh yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini dilaporkan di portal berita dalam talian. Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda Pas Malaysia, Mohd. Nasaie Ismail membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor berhubung penyebaran SMS dan WhatsApp yang disebarkan atas nama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu kerana Suhaizan difahamkan berada di Madinah.

IBM hairan dengan sikap Pemuda Pas ni. Perangai depa sebiji macam pemimpin-pemimpin atasan depa. Buat hal dan mengeluarkan sesuatu kenyataan, bila dihentam balik, depa tak mengaku, cepat-cepat pusing balik dan menyalahkan orang lain. Begitu jugalah si Suhaizan ni. Tak ada pengikut-pengikutnya nak sabatoj beliau. Dengar khabar semasa SMS itu di muat-naikkan di dalam Facebbook, kononnya beliau berada di Madinah. Hehehehe..betul ke? Jangan nak menipu le Suhaizan. Ingatkan orang-orang Pas ni tak pandai menipu. Maklumlah ahli syurgalah dikatakan. Apapun, berbalik pada SMS tu, mengaku sajalah. Jangan nak putar-belitkan lagi isu ini. Terimalah kenyataan. Hari ini hari Jumaat. Tak baik menipu tau! Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...