Friday, April 18, 2014

SAH! TOMPOKAN MINYAK BUKAN DARI PESAWAT MH370

JUMAAT, 18 APRIL 2014
ANALISIS menunjukkan tompokan minyak yang dikesan petang Ahad di selatan Lautan Hindi bukan dari pesawat 370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. "Analisis awal sampel yang diambil oleh Ocean Shield mengesahkan ia bukan minyak enjin pesawat atau cecair hidraulik," kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan pada Khamis. JACC berkata sampel minyak yang diambil oleh kapal pertahanan Australia itu tiba di Perth dan tertakluk kepada ujian dan analisis terperinci. JACC turut berkata, Kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 telah menyempurnakan misi pertama sepenuhnya di kawasan pencarian dan sedang bersedia untuk ke fasa seterusnya. 

Bluefin-21 telah melakukan pencarian di keluasan kira-kira 90 kilometer persegi sehingga hari ini dan data daripada misi tersebut telah dianalisis," kata JACC. Sementara itu, Phoenix International dengan bantuan Bluefin-21 mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500m. Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics. Bluefin-21, yang melakukan pencarian di dasar laut selatan Lautan Hindi bagi mengesan pesawat tersebut, terpaksa diapungkan semula di atas permukaan air pada pagi Rabu untuk membaiki isu teknikal sebelum ia digerakkan semula. 

JACC turut menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, menegaskan kenyataan itu tidak betul. Terdapat alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta tiga dimensi pada Bluefin-21 yang digunakan untuk mengimbas kawasan dasar laut.

P/S ~ Dengan erti kata lain, pesawat MH370 masih berpeluang untuk di temui. Tapi, berserabut kepala otak ni mencari jawapan. Dimana MH370 sekarang? Apapun jawapanya, jangan lupa, teruskan berdoa agar misteri kehilangan MH370 ini dapat dirungkai dengan segara. Amin! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...