Saturday, April 12, 2014

PENCACAI PAS TENTU BENGGANG HABIS TENGOK HARUN DIN BEGITU MESRA DENGAN DS NAJIB DI IJN

SABTU, 12 APRIL 2014

Inilah pemimpin yang tidak pernah rasa berdendam walaupun apa jua tomahan, fitnah yang datangnya dari musuh politik beliau. Beliau diserang depan dan belakang, mengkritik kepimpinan beliau. Walaupun kebaikan yang telah dilakukan, namun pembangkang terus menghentam beliau. Tapi, bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu semua di lupainya. Sebagai orang nombor satu di Malaysia, sudah menjadi tanggunjawab beliau meninjau atau mengambil berat akan apa jua masalah rakyat jelata, mahu pun musuh politik beliau. Apa yang Datuk Dr Haron Din dan pemimpin-pemimpn PAS tak kata pasal DS Najib....tapi itu adalah perkara biasa bagi beliau.

Ini terbukti apabila beliau menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, Sabtu. Datuk Seri Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu. Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin. Turut serta pakar perunding kardiologi IJN, Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.

Kalau nak difikirkan memang kita sendiri merasa terharu diatas apa yang dilakukan oleh seorang pemimpin negara yang mana beliau tidak mengamalkan politik dendam-mendendam. Beliau boleh lupakan soal perbezaan dan pendapat tentang politik, tapi, dari soal kesihatan, apatah lagi musuh politiknya, beliau sanggup meluangkan masa melawat dan bertanya khabar seterusnya mendokan agar rakan musuh politiknya itu cepat sembuh. Yang selainya, biarlah pembangkang sendiri yang menilaikannya. Hanya tuhan yang maha mengetahui dan membalas setiap kebaikan yang manusia lakukan terhadap sesama manusia. Syabas DS Najib. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...