Saturday, April 12, 2014

RAFIZI KANTOI!! SELURUH SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK BERSATU HATI BUAT LAPORAN POLIS! AMBIK KO!!

SABTU, 12 APRIL 2014
SELURUH balai polis di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hari ini menerima laporan berhubung kenyataan menghasut daripada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli di dalam buku yang bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Intergriti Mahkamah'. Laporan tersebut dibuat sebagai membidas tindakan Rafizi yang mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dalam negara ketika bercerita mengenai kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Laporan polis turut dibuat kerana percaya buku berkenaan boleh memberi kesan negatif kepada pembaca sekaligus menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap sistem kehakiman di Malaysia. Kesalahan tersebut merupakan kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecenderungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c). Sebelum ini, Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama di Balai Polis Setapak dan berharap agar Ahli Parlimen Pandan ini ditahan serta disiasat berhubung kes tersebut.
 
alt
Salah satu laporan polis terhadap Rafizi Ramli yang telah dibuat oleh si pengadu.

Nampaknya, wakil-wakil rakyat dari pembangkang, terutamanya dari Parti Keadilan rakyat (PKR) memang mencari pasal dengan kerajaan yang sedia ada. Hari ke hari ada-ada sahaja isu yang mereka bawa untuk membuat rakyat benci pada kerajaan BN. Perkara seperti ini harus di hentikan dan pihak yang berwajib mesti bertindak kerana senario politik di negara ini sudah sukar di kawal dan dibendung. Sudah terlalu banyak fitnah dann cerita yang tidak betul yang telah dilamparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan BN.

Maka, jadikanlah isu fitnah yang di lamparkan oleh pemimpin PKR yang biadap ini, si Rafizi sebagai langkah untuk mencegah penyakit 'kanser' yang begitu serius sehingga tidak boleh di ubati, juga perkara fitnah ini sudah menjadi darah-daging atau santapan untuk pembangkang. Jiwa mereka penuh dengan dendam, dan jiwa mereka memberontak dan melonjak tinggi untuk memerintah dan mengulingkan kerajaan yang sedia ada. Tapi sayang, mereka menggunakan cara dan jalan yang salah untuk mentadbir negara.

Apabila mereka kalah di dalam PRU atau PRK, mereka akan salahkan Suruhan Jaya pilihanraya (SPR) yang kononnya agent kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi, bila mereka menang, mereka diam membisu seribu bahasa. Sikap sombong dan takbur pembangkang ini harus di hapuskan. Apapun, berbalik kepada al-kisah dan fitnah si Rafizi ini, IBM tabik kepada mereka-mereka yang telah membuat laporan kepada polis. Masak le ko Rafizi. Satu Malaysia dan buat laporan. Cair...cair ko kali ini.  Mana mahu lari ahh. Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...