Wednesday, April 30, 2014

HUDUD : DAP TIDAK SETUJU, TAPI FAHAM MENGENAINYA. APA LE PUNYA BODOH KENYATAAN TIMBALAN MB KELANTAN NI!!

RABU, 30 APRIL 2014

Memang nak tergelak besar bila membaca kenyataan Timbalan MB Kelantan menyelaskan isu hudud ni. Macam budak-budak buat kenyataan. Hahahaha. Katanya, memang DAPig tidak setuju tentang perlaksanaan hudud, tapi, ada tapi pulak tu. Sambungnya, DAPig memahaminya. Apa yang DAP faham? Kalau DAP faham, hah..tunggu apa lagi, berilah persetujuan. Tak mungkin...PAS sahaja yang bermimpi di siang hari. DAP di kerat 99 x  pun tak akan setuju. 

Memang kaki putar-belit le pemimpin-pemimpin PAS ni. Mereka tidak jujur dan tidak berani berterus-terus terang pada ahli-ahli mereka bahawa DAP tetap menolak hudud. Jadi kenapa mesti ada perkataan 'tapi'. Kenyataan Tim. MB Kelantan ini  didalam laporan Harakahdaily semalam cukup memalukan dan jelas menunjukkan bahawa PAS sahaja yang terhegeh-hegeh dan merayu meminta supaya DAP setuju dengan mereka untuk perlaksanaan hudud di Kelantan. Diringkaskan cerita, PAS memang bodoh, tiada maruah, takut keluar dari Pakatan Rakyat semata-mata untuk meraih undi kaum lain bagi tujuan PRU yang akan datang. Itulah hakikat sebenarnya. Wasallam ~ IBM

KENYATAAN BODOH DARI TIMBALAN MB PAS

[KUALA LUMPUR: DAP pada dasarnya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri Kelantan mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu namun kini mereka faham mengenainya, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah (gambar bawah). Amar berkata demikian selepas kerajaan negeri Kelantan mengadakan pertemuan bersama DAP dan PKR bagi memberi penjelasan khususnya tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan semalam, lapor Harakahdaily.

"Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positif. Mereka faham apa yang kerajaan negeri Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormati. "Sekurang-kurangnya mereka memahami pendirian dan keputusan kita," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut semalam, lapor Harakahdaily. Katanya, memberi pandangan yang berbeza adalah perkara biasa, yang penting mereka menghormati pendirian masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan bersedia untuk memberi penjelasan lanjut mengenai enakmen itu bukan hanya kepada Pakatan Rakyat bahkan wakil daripada BN seperti MCA. "Kami di Kelantan bergantung kepada keperluan ada pihak yang mahukan penjelasan lebih lanjut kita bersedia. Kalau MCA hendak jumpa pun boleh."Siapa sahaja, termasuk bukan Islam. Di mana sekali pun insya-Allah kita akan datang kepada mereka jelaskan supaya mereka boleh memahami. Soal setuju atau tidak setuju itu hak masing-masing, kita tidak akan paksa," katanya. Turut bersama dalam perbicangan itu ialah dua Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan Tian Chua, wakil DAP iaitu Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Ngeh Khoo Ham; Ahli Parlimen Kluang, Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok].

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...