Saturday, April 5, 2014

RUPANYA KARPAL LETAK JAWATAN KERANA NAK LARI DARI RoS

SABTU, 05 APRIL 2014
Bekas Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh dilihat cuba melarikan diri dari Pertubuhan Pendaftar (RoS) dengan meletakkan jawatannya dalam parti sungguhpun parti tersebut kini dilanda konflik besar. Bekas Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, tindakan Karpal yang mengejut itu mengundang pelbagai persoalan dan secara langsung memalukan parti dengan meletakkan jawatan di gerai makanan. "Beliau sebagai ‘pemimpin besar' telah memalukan kaum Singh dan India di negara ini apabila meletakkan jawatan di sebuah kedai kopi, bukannya secara rasmi di Ibu Pejabat DAP negeri ini," katanya kepada pemberita baru-baru ini. Asoghan mengulas keputusan Karpal meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Sabtu lalu, ekoran dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 9 A (1) (B) Akta Hasutan 1948.

BERAKHIR ERA POLITIK KARPAL

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu melepaskan jawatan bukan sahaja tidak profesional malah tidak mustahil akan dicontohi pemimpin-pemimpin pembangkang lain dalam melepaskan diri daripada sebarang kemelut yang dihadapi mereka. Dalam masa sama katanya, tindakan Karpal meletak jawatan tidak mustahak kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) masih belum disahkan RoS dan beliau hanya memegang jawatan Pengerusi yang belum disahkan. Dalam perkembangan lain, Asoghan menggesa pihak berwajib menilai ketulenan 500 surat ketidakhadiran perwakilan DAP yang dikemukakan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook kepada ROS sebelum ini.

Menurut beliau, perkara itu memandangkan ahli akar umbi DAP membuat aduan kepada ROS tidak menandatangani surat berkenaan yang memperincikan sebab tidak menghadiri CEC pada Disember 2012. Menurut Asoghan, sekiranya surat itu palsu, Anthony Loke harus bertanggungjawab dan meletak jawatan selaku Ahli Parlimen Seremban. "Beliau kena lepaskan jawatan jika siasatan mendapati surat itu tidak sah," katanya. Sementara itu, mengulas sikap Lim Guan Eng yang lebih banyak berdiam diri setiap kali persoalan mengenai kesahihan CEC dibangkitkan oleh ahli parti itu, Asoghan berkata : "Ini menunjukkan Guan Eng seorang yang sombong dan tokong. Sudah lama masalah ini berlarutan dan masih tidak selesai," tegasnya.

P/S ~ Memang standard Karpal Singh ni tahap kedai kopi. Ada ke letak jawatan sebagai Pengerusi DAP hanya di sebuah kedai kopi bukan di pejabat DAP. Memang tak bermaruh betui si bengali seko ni. Mari kita sama-sama berdoa agar DAP dan Pakatan Rakyat (PR) hancus dan ditolak oleh rakyat Malaysia. Wasallam~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...