Wednesday, April 30, 2014

PELAJAR MATI DIPUKUL DALAM PERGADUHAN DI SEKOLAH

RABU, 30 APRIL 2014
(Gambar Hiasan)
MasyALLAH. Berita di bawah ini sungguh menyedih dan memalukan. Apa nak jadi kepada pelajar-pelajar kita sekarang ini. Ibu-bapa hantar mereka ke Sekolah untuk belajar demi menjamin masa tua mereka, tapi, sebaliknya berlaku. Bagi pandangan IBM, pihak Sekolah harus mengambil iktibar dan hendaklah sentiasa mengawasi prilaku murid-murid mereka supaya kejadian seperti ini tidak berlaku.

Kepada pihak yang berwajib, siasat segera dan bertindak mengikut saluran undang-undang yang sedia ada. Jangan beri muka, kerana kejadian ini telah banyak berlaku di seluruh negeri, tapi, apakah tindakan yang diambil oleh pihak Sekolah sekiranya perkara seperti ini berlaku dan terus berlaku? Lagi pun, kejadian yang terbaru ini menglibatkan sekolah agama.

Apakah Sekolah agama ini mengajar anak-anak muridnya berkelakuan ganas dan suka membuli orang? Apakah jenis pelajaran yang  Ustaz dan Ustazah ajar anak-anak murid mereka. Nak mengajar mereka menjadi Militan? Tak mustahil jika perkara ini tidak di pantau oleh pihak yang berwajib. Fikir-fikirkan kerana IBM bukan menuduh, tapi ini menyebabkan kehilang nyawa. Wasallam ~ IBM

[RAWANG: Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah agama di Rawang dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan di kalangan pelajar di sekolah tersebut, malam Selasa. Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan (gambar kanan) yang mengesahkan insiden itu kepada media pada Rabu berkata, kes tersebut masih dibawah siasatan polis. "Kami amat sedih dengan kejadian itu.
"Kementerian akan memastikan siasatan sepenuhnya dilakukan segera," kata Kamalanathan kepada pemberita selepas melancarkan masjlis pra sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Sains Selangor. Beliau berkata, kementerian akan mengarahkan beberapa pegawai dari pejabat pendidikan daerah untuk bekerjasama dengan polis dalam siasatan itu].


"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...