Sunday, April 13, 2014

TUDM SANGKAL LAPORAN DARI CNN. LAPORAN PALSU!

AHAD, 13 APRIL 2014
APA motif sebenarnya membuatkan CNN membuat laporan palsu terhadap TUDM bersabit dengan kehilangan pesawat MH370, apa yang mereka mahu? Semalam (Jumaat),  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan laporan CNN yang mengatakan pasukan itu menghantar jet untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang. Perkara teesebut di nafikan oleh Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dalam satu kenyataan berkata: Dalam kapasiti beliau sebagai Panglima TUDM, beliau boleh mengesahkan bahawa dakwaan itu sama sekali tidak benar".
Pada Khamis, CNN melaporkan dalam laman webnya dengan memetik seorang pegawai kanan Malaysia yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa pesawat TUDM dihantar sebelum data yang disokong pihak berkuasa menunjukkan bahawa pesawat itu berpatah balik ke arah barat. "Namun tentera udara tidak memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian, pada 11 Mac, satu sumber yang terlibat dalam siasatan memberitahu CNN," laporan itu disebut sebagai berkata. 
Bagi IBM, laporan tersebut amat-amat serius dan CNN patut di beri amaran keras. Ianya seolah-olah ada udang disebalik batu, atau lontar batu sembunyi tangan. Bahaya...memang bahaya kerana pembangkang akan menggunakan itu sebagai modal mereka untuk menyerang kerajaan. CNN, janganlah cuba nak jadi hero dan melaga-lagakan kami di Malaysia ini. Cukup..cukuplah tekanan yang kerajaan kami terima dalam mencari penyelesaian pesawat MH370 yang hilang. Akhir kata, CNN  memang sial, lebih kurang macam akhbar pembangkang, Harakah, PKR Daily, M'siaKini dan banyak lagi kerana fitnah itu satu hobi buat mereka. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...