Monday, April 7, 2014

TERLALU FANATIK!! PENYOKONG KEJO YOP KEJO BELASAH PENYOKONG SELANGOR...

ISNIN, 07 APRIL 2014

SUKAN BOLA SEPAK
Nampaknya budaya samseng dalam kalangan penyokong bola sepak kini kembali menular dan kali ini melibatkan perlawanan Liga Super antara Perak menentang Selangor di Stadium Perak yang berakhir dengan kekalahan 0-1 pasukan tuan rumah, kelmarin. Difahamkan pergaduhan antara penyokong Perak dan Selangor tercetus selepas tamat perlawanan kira-kira pada pukul 11.45 malam di luar kawasan stadium hingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak untuk mele­raikan keadaan. Presiden Selangor Soccer Fan Club (SSFC), Mohd. Hanif Rana Manzoor berkata, insiden tersebut berlaku tanpa diduga dan telah menyebabkan dua penyokong Selangor cedera di kaki dan kepala. Semasa kejadian, beliau ada di tempat kejadian dan ini semua bukan angkara Ultras Perak tetapi beliau percaya ia ada kaitan dengan kumpulan penyokong ektrem pasukan tuan rumah yang ingin mencari gaduh.

Semuanya berlaku sewaktu kumpulan penyokong Selangor sedang bergerak pulang menuju ke bas. Pergaduhan berlaku dengan pantas apabila dua kenalan kami ditarik oleh kumpulan penyokong ektrem tersebut sebelum dipukul beramai-ramai hingga mencetus pergaduhan, kata Mohd Hanif kepada Utusan Malaysia di sini, semalam. Menurut Mohd. Hanif, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kampung Melayu Subang, malam tadi. Sementara itu, Mohd. Hanif turut menyuarakan kekesalan terhadap pihak pengurusan tuan rumah yang tidak memandang serius soal keselamatan penyokong.

Mengimbas kembali pada hari kejadian itu, bas kami di­suruh oleh pihak Stadium untuk diletakkan di kawasan yang lebih jauh bukan di tempat kebiasaan. Malah mengikut kata Mohd Hanif, sewaktu penyokong Sela­ngor keluar dari Stadium tiada pihak keselamatan mengawal keadaan. Dua penyokong Selangor yang dipukul itu telah membuat laporan polis dan laporan itu akan beliau serahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk dibawa ke FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk tindakan lanjut," kata Mohd. Hanif. Aduhai, apa sudah jadi dengan peminat-peminat bolasepak tempatan kita sekarang ini. Terlalu fanatik ke atau terikut-ikut budaya penyokong-penyokong bolasepak luar negara yang selalu membuat rusuhan jika pasukan yang mereka sokong tewas. Fikir-fikirkan demi untuk nama baik sukan bolasepak negara dan negeri. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...