Tuesday, April 22, 2014

ALHAMDULILLAH MH192 SELAMAT MENDARAT DI BANGALORE, INDIA

SELASA, 22 APRIL 2014
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 tiba di Lapangan Terbang Bengaluru di sini pada 5 petang ini, selepas tergendala akibat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal pagi Isnin. Penerbangan asal MH192 terpaksa berpatah balik ke KLIA setelah satu daripada tayar di bahagian kanan gear pendaratan pesawat itu pecah semasa berlepas, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan di sini.

Pesawat itu yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal selamat melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 1.56 pagi ini. Kesemua penumpang itu kemudian ditempatkan di beberapa hotel di sekitar lapangan terbang itu. Keselamatan para penumpang menjadi keutamaan MAS, kata kenyataan itu.Pada 3.30 petang tadi, penerbangan MH192 itu berlepas semula ke Bangalore dengan menggunakan pesawat lain. 

P/S ~ Syukur alhamdulillah semuanya selamat. Rupa-rupanya punca tayar bocor je. Apapun tahniah dan syabas kepada kapten kapal yang berjaya membuat pendaratan cemas di KLIA. Penumpang-penumpang mengucapkan terima kasih di atas kecekapan Kapten pesawat tersebut diatas kecekapan beliau mengendalikan pesawat MH192 sehingga mendarat dengan selamat. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...