Friday, April 18, 2014

MAKLUMAT BOCOR PUNCA PATI LEPAS LARI, KATA ZAHID

JUMAAT, 18 APRIL 2014
PEMILIK pusat hiburan, rumah urut dan spa mempunyai rangkaian luas untuk mendapatkan maklumat awal mengenai operasi bersepadu memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) Fasa 3 bagi mengelak warga asing terbabit ditahan pihak penguatkuasa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata situasi itu menyebabkan Pati yang bekerja di premis berkenaan dapat melarikan diri sebebelum operasi bermula, sekali gus operasi itu sukar dijalankan. Beliau bagaimanapun berkata, pemilik premis bukan menerima maklumat berkenaan daripada pegawai jabatan atau agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Mereka (pemilik premis) mempunyai rangkaian, bukan soal kebocoran dalam kalangan pegawai, tetapi saya fikir mereka ini telah tercium bau operasi yang dijalankan. (Operasi) tahap (fasa) tiga ini sukar kerana melibatkan pusat-pusat hiburan, rumah urut, bukan mudah," katanya selepas menyertai operasi itu sekitar Ipoh di sini, malam Khamis. Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata Jabatan Imigresen khususnya di bahagian penguatkuasaan tidak berputus asa, malah akan terus menjalankan operasi itu.

"Saya tetap memberi semangat kepada pegawai-pegawai saya dan lain-lain agensi yang turut sama menjalankan operasi kerana ia (operasi) bukan untuk menzalimi atau menganiaya mana-mana pihak, tetapi kita tidak mahu mereka menggunakan pas lawatan sosial dengan melakukan kerja yang bertentangan dengan undang-undang negara ini," katanya.

P/S ~ Ini mesti kerja orang dalam. Kalau tidak tak kan PATI tu hilang raib begitu sahaja. Zaman cari makan be ~ Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...