Friday, October 17, 2014

KEHADIRAN ADAM ADLI DI MAJLIS DAILOG ANJURAN PEMUDA UMNO JADI TANDA TANYA?

JUMAAT, 17 OKT 2014
RAMAI dikalangan pemuda hairan diatas kehadiran aktivis bermasaalah, Adam Adli Abdul Halim yang menjadi tanda-tanya serta menarik perhatian di program dialog anjuran akademik naungan Pemuda Umno malam semalam, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Ada yang bertanya, siapa yang menjemput beliau (Adam) ke majlis Dialog Evolusi Politik Anak Muda Malaysia anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) yang berlangsung di Kelana Jaya? Ketua Pemuda Umno, Khairy yang merupakan panelis di dialog tersebut secara berseloroh berkata beliau mahu memberi borang keahlian Umno kepada aktivis tersebut. Mungkin para peserta semua tidak perasan, tapi beliau perasan, (Adam) dah keluar dewan. Adam Adli (kanan, bawah), ada tadi, tapi dia balik dah dan beliau tak sempat bagi borang ahli Umno pada dia, kata Khairy berseloroh sambil menerima tepukan daripada kira-kira 300 hadirin. Pada yang sama, kedengaran antara peserta yang melaung nama Adam. Bagaimanapun, ketika itu Adam sudah meninggal majlis dialog tersebut. 

Menurut Khairy, beliau dimaklumkan oleh seorang pegawainya tentang kehadiran Adam di forum itu. Khairy kata biarlah dia nak datang, apa masalahnya?. Khairy juga turut tertanya-tanya sekiranya kehadiran Adam pada progam anjuran Umno itu bertujuan untuk bertanyakan tentang akta hasutan yang dikenakan terhadap Adam.  Dalam ucapannya itu, Khairy turut memberitahu bahawa AKHI bukan akademi untuk melahirkan pemimpin radikal seperti aktivis tersebut. Kita tidak mahu pemimpin radikal seperti Adam Adli, kata ahli Parlimen Rembau itu disambut tepukan gemuruh hadirin. 

Bulan lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke Adam Adli setelah didapati bersalah atas tuduhan hasutan. Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman itu dan mengekalkan jaminan sebanyak RM5,000. Sambil itu, IBM difahamkan, kononnya Adam kini bersendirian. Pihak pembangkang tidak menghiraukan beliau (Adam) lagi. Jadi, mungkin kehadiran Adam pada program tersebut ingin mendapat simpati atau meminta nasihat dari Umno. Dah bertaubat ke si Adam ni?Wallahwa'alam. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...