Sunday, October 12, 2014

'AH HAI' SUSPEK UTAMA LETUPAN DI BB KINI DIBURU POLIS!

AHAD, 12 OKT 2014

SUMBER.....
BURU jangan tak buru. Ramai yang berpendapat dan meluahkan perasaan bahawa kejadian letupan di Bukit Bintang, negara kita kini seolah-olah seperti di negara jiran kita, Thailand. Sudah mula berlaku letupan di sana-sini. Walaupuun ianya merupakan kejadian pertama, tapi, berkemungkina ianya boleh berlaku lagi sekiranya tidak dibendung. itukah yang kita mahu? dan...sudah tentu itulah kemahunan pihak pembangkang yang sentiasa inginkan negara ini kucar-kacir. Bukan sahaja mereka (pembangkang) mahu melihat politik di negara ini kucar-kacir, dari segi keharmonian kaum juga mereka cemarkan. Begitulah busuknya perangai pembangkang ini. Lantas, pihak Polis sedang memburu 'Ah Hai' yang merupakan suspek utama dalam siasatan terhadap insiden letupan bom tangan di Kompleks Sun di Bukit Bintang pada Khamis lalu. Siapa 'Ah Hai' ni? Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, 'Ah Hai' didakwa terlibat dalam satu kes di Sentul pada Ogos lalu, dengan mengacukan pistol ke arah seorang anggota polis. Kita percaya Ah Hai merupakan sasaran utama. 
Berdasarkan siasatan awal, dia didapati sebagai saksi penting dalam kes ini, dan polis sedang cuba mengesannya, katanya. Tajuddin berkata, polis telah pun menyelesaikan satu kes membabitkan Ah Hai dan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Dikenali sebagai 'Ah Hai', lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai dari Geng 21 telah menjalankan perniagaan haram di sini, termasuk perjudian. Insiden letupan itu berlaku di luar kelab malam Cherry Blossom pada Khamis, sehingga mengakibatkan seorang joki kereta maut dan mencederakan 12 yang lain, termasuk dua warga China, dua warga Singapura dan seorang warga Thailand. 
Tajuddin berkata, lapan mangsa telah memberikan keterangan mereka kepada pihak polis. Tiong Kwong Yie, 36, meninggal dunia akibat kecederaan serius selepas kejadian letupan yang berlaku pada pukul 4.25 pagi itu. Dan....adakah kejadian letupan di Bukit Bintang ini ada kaitannya dengan 'Pesta Arak Oktoberfest'? Sukar untuk dijawab. Kita tunggu pihak polis buat siasatan. Kepada PAS, tutup mulut dan jangan terlalu banyak membuat kenyataan, tapi, 'No Action Talk Only' (Nato). Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...