SUMBER.....
BETULAH kata sesetengah penganalisis politik bahawa politik itu tidak 'kotor'. Tapi, pengendalian terhadap politik oleh sesetengah pihak (parti politik) yang membuat politik itu di cop sebagai kotor. Sebagai contoh, kemelut politik di Selangor sehingga kini masih berlarutan walaupun Menteri Besar yang baharu telah dilantik. Dendam diantara salah satu punca yang menjurus kepada kotornya amalan politik sekarang ini kerana kita dapat lihat Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali seolah-olah mengambil kesempatan untuk melunaskan dendam politik secara berterusan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diibaratkan banyak pihak sebagai musuh tradisinya dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut. Dalam serangan terbaharunya, Azmin menempelak Abdul Khalid kerana dikatakan gagal mendedahkan hasil siasatan jawatankuasa khas untuk memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Beliau mendakwa, Abdul Khalid telah berjanji untuk mengumumkan hasil siasatan dalam tempoh dua minggu selepas jawatankuasa yang terdiri daripada barisan Exco kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu ditubuhkan pada 12 Februari lalu.

PKNS juga pernah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi lain termasuk penukaran dua pegawai kanan PKNS iaitu Pengurus Besarnya, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutifnya, Norita Mohd. Sidek ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor serta penamatan khidmat 30 kakitangan bertaraf kontrak. Sebelum ini, Mohamed Azmin telah mengkaji semula dan membatalkan satu persatu tindakan atau keputusan yang dibuat ketika kerajaan negeri di bawah pentadbiran Abdul Khalid. Tindakan-tindakan yang diambil beliau adalah membatalkan kenaikan kadar elaun Menteri Besar, Exco, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor serta mengkaji semula perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor yang dimeterai dengan kerajaan Persekutuan dan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex). Kesimpulannya, bilakah politik dendam-mendendam diantara Azmin dan Khalid ini akan berakhir? Sama-sama kita tunggu. Dan, IBM nak tambah sikit lagi disini akan perihal politik ini. Istilah politik... 'kawan boleh jadi lawan dan lawan boleh jadi kawan'. Huhuhu...itulah politik. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM