
Kata pemimpin Mahasewel itu lagi, mereka tetap bertegas akan meneruskan program tersebut sebagai signal kebangkitan golongan mahasiswa, apatah lagi ianya mendapat sokongan padu daripada rakan seangkatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Walaupun sedia maklum berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan tata tertib oleh institusi sendiri, namun kata kata Fahmi program tersebut adalah sebagai mesej jelas bahawa golongan pelajar tidak mudah tunduk dengan segala kemahuan kerajaan yang mengekang kebebasan bersuara mereka. Mahasiswa menghadapi kemungkinan diusir dari universiti, didakwa di mahkamah, malah dimasukkan ke penjara. Tetapi ini tidak sekali-kali akan melemahkan semangat dan tekad pelajar. Kami jelak dan bosan mendengar semua prosedur rumit yang sentiasa dibangkitkan sebagai alasan mengekang kebebasan mahasiswa, kata Fahmi. Semalam, UM melalui Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Datuk Dr Rohana Yusof mengeluarkan kenyataan melarang pelajarnya menyertai program Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara kerana ia diisytiharkan haram dan tidak mendapat kelulusan institusi tersebut.

Semalam, IBM sempat buat tinjaun dan sempat bertanyakan pendapat kepada beberapa orang yang IBM temui di salah sebuah Shopping Kompleks di Petaling Jaya, bertanyakan isu 'Liwat II' Anwar, rata-rata mereka setuju dan mahu Anwar aj-jub dipenjarakan. Kata mereka, Anwar bersalah dan patut di penjarakan di Sungai Buloh. Cukuplah apa yang sudah Anwar lakukan kepada negara, kata mereka dan mereka mahu Malaysia kembali aman dan mereka pasti bahawa negara ini akan aman kembali tanpa Anwar. Apapun, kita ucapkan selamat berpidato kepada Mahasewel, cerah masa depan korang kerana begitu 'fanatik' kepada seorang penderhaka negara, pembohong no 1 negara dan peliwat tegar. Satu soalan IBM kepada Mahasewel ni, jika Anwar al-jub masuk penjara, mahukah mereka ikut sama? Mak-bapak hantar mereka untuk belajar demi untuk masa depan dan keluarga mereka, Anwar al-jub pulak yang mereka bela. Apa yang mereka dapat ye?? Tepuk dada korang tanya sendiri. Wasallam ~ IBM