SUMBER....
BILA lagi nak tunjuk taring dan kuasa atau nak balas dendam. Atau, ini adalah arahan dari Anwar Ibrahim yang telah dilantik semula jawatannya sebagai 'Punahsihat Ekonomi Selangor'. Diberitakan, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali telah membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Begitulah mengikut kata Faekah Husin (gambar bawah kanan), bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI). Faekah mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit. Faekah percaya ia dibuat atas arahan Azmin kerana 'remote control' mula berfongsi buat kali keduanya. Penyelaras DUN Pelabuhan Klang itu berkata, ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin.

Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak. Pandangan IBM dalam hal ini, jika betul apa yang Azmin lakukan ini, ianya merupakan satu dendam yang tak pernah padam diantara pemimpin-pemimpin PKR yang mempunyai agenda tersendiri, tapi, bukan untuk rakyat. Dalam pada masa yang sama, orang yang terlalu gila dan tamakkan jawatan sehingga sanggup mengadai maruah isterinya untuk menjadi Menteri Besar, tapi...tidak kesampian kerana tuhan tidak izinkan sudah cuba memainkan jarumnya, remote controlnya agak menjadi buat masa ini, maka, IBM yakin, pergolakan dalam Pakatan Rakyat masih belum reda dan selesai. Dan, besar kemungkinan Azmin tidak akan kekal lama sebagi Menteri Besar Selangor. Kita tungguuuuuu!. Wasallam ~ IBM