SUMBER.....
ITULAH kelemahan UMNO. Asyik-asyik rasa kesal. Tapi cukup ke dengan hanya meluahkan perasaan 'kesal'?. Kenapa tidak UMNO bertindak seperti pembangkang. Tak puas hati buat demo besar-besaran. Maka timbullah ras benci dan tidak percaya rakyat kepada kerajaan. Jadi kenapa UMNO tidak berbuat demekian di dalam isu arak 'Oktoberfest' yang kononya dihalalkan oleh pemimpin PAS? IBM dah menyampah dengan sikap UMNO ni. Kenyataan Umno Selangor semalam yang melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak 'Oktoberfest' seperti 'gimik' politik yang dah lapuk. Tak ada kesan. Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam itu dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat. Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

Dan bagimana caranya UMNO nak perjelaskan kepada rakyat bahawa Pakatan sekarang ini (di Selangor) sudah 'bercelaru' dan mereka (pakatan) tidak lagi mempedulikan hak-hak dan masalah rakyat di Selangor ini. Jangan asyik-asyik menyuarakkan rasa terkilan, tapi NATO (No Action Talk Only), itu kata mantan PM kita, Tun Dr Mahathir. Kepada DS Noh Omar, fikir-fikirkan kerana PRU 14 kian hampir. Inilah masa dan ketikanya kita (UMNO) masuk jarum. Wasallam ~ IBM
bro, masalah paling besar yg dok bersarang dalam kepala hotak pemimpin umno ialah merasa mereka masih kerajaan walaupun berada dalam kerajaan pembangkang. mereka hilang agresif dan berlenggang kangkung macam agar-agar. mereka tak belajar apa-apa walaupun duduk sebagai pembangkang. kita nak buat apa lagi bro, mereka yang malas dan bebal....
ReplyDeleteibm~usin,
DeleteSalam. Betul tu bro. Tak tahu le bila pemimpin2 UMNO kita ni nk berubah?...