Thursday, October 9, 2014

KUMPULAN GENGSTER BERTEMPUR SESAMA SENDIRI DI BUKIT BINTANG, 14 CEDERA, 2 MANGSA KRITIKAL & SEORANG MAUT!

KHAMIS, 09 OKT 2014

SUMBER.....
AGAK-AGAK korang le adakah kejadian letupan di Bukit Bintang ini gara-gara pengunjungnya mabuk sempena meraikan pesta 'Arak Oktoberfest' (akan bermula esok 10 Okt) menjurus kepada pergaduhan melibatkan kumpulan gengster. Pergaduhan tersebut dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis. Mengikut laporan dari Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut. Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sekurang-kurangnya 14 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin. 
Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi. Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu. Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan. Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu, tambahnya. Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api. 

TERKINI : Maklumat yang IBM dapat sebentar tadi, 2 mangsa berada dalam kritikal dan seorang meninggal dunia. Itu yang disahkan oleh pihak Polis bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Itulah akibatnya bila dah mabuk, apatah lagi apabila melibat kumpulan gengster yang sentiasa mencai pasal dan ingin tunjuk kuat masing-masing. Harap pihak yang berkuasa dapat memantau kumpulan-kumpulan gengster yang kian aktif dan agresif sejak-semenjak ini. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...