KALAU sindir-menyindir ni berikan pada orang-orang PKR. Memang itulah hobi mereka. Isu tangis-menangis ni yang dibangkitkan oleh Azmin Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah diibaratkan seperti 'meludah ke-langit', terkena muka sendiri. Memang betul kata Azmin, tiada siapa yang menangis berhubung krisis berpanjangan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya kini, tapi, dia tahu tak tuan badan yang betul-betul teringin sangat nak jadi MB Selangor, Wan Azizah@Nenek Kipas, begitu terkilan lantas menangis, menangis kerana hasrat si suaminya Anwar al-jub tidak kesampian. Wan Azizah ditolak mentah-mentah oleh pihak Istana untuk menjadi MB Selangor yang baharu. Gagal, Anwar gagal lagi. Hari ini, Khamis, semasa di persidangan Dewan Negeri Selangor, dengan nada gembira dan tenang, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bersyukur krisis politik di Selangor berjaya diselesaikan dengan baik. (Krisis) Selangor sudah selesai secara baik. Alhamdulillah tak ada siapa pun yang menangis.

Seperti yang kita semua ketahui, Wan Azizah sebelum ini diangkat oleh partinya sendiri sebagai calon tunggal jawatan berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS. Akhirnya Azmin yang berjaya. Azmin ketawa dalam gembira, tapi, Kak Wan Jijah menangis kehampaan. Tapi, ini tidak bererti Azmin sudah selesa menjadi MB Selangor, kerana, Anwar al-jub sentiasa mengawasi beliau dan akan menggunakan 'kawalan jauh' untuk menunjuk ajar kepada Azmin macam mana nak jalankan tugas sebagai Menteri Besar yang baik dan sekali gus mengikut kehendak dan rentak Anwar al-jub. Adakah Azmin akan menangis selepas ini? Tungguuuuuu!. Wasallam ~ IBM