Monday, October 20, 2014

'AKTA HASUTAN 1948' : KERAJAAN DINASIHATKAN TANGGUH HASRAT UNTUK MANSUHKAN AKTA TERSEBUT. KENAPA HARUS TUDUK DENGAN DESAKAN PEMBANGKANG??

ISNIN, 20 OKT 2014
BEBERAPA minggu kebelakangan ini, IBM telah membuat sedikit kajiaan serta turun padang meminta pandangan dan reaksi orang ramai tentang 'Pemansuhan Akta Hasutan 1948' seperti yang digesa oleh parti pembangkan dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang. Jawapan dan fed-back yang IBM dapat, sekurang-kurangnya 70 % rakyat memberi pendapat bahawa mereka menyokong penuh dengan kerajaan yang ada sekarang ini (BN), dan menyokong supaya 'akta hasutan 1948' tidak dimansuhkan atau dipinda atau ditukar dengan akta yang lain. Terang-terang mereka menasihatkan kerajaan terutamanya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak supaya tidak terjebak dan termakun hasutan pembangkang untuk menghapuskan akta tersebut. Kata mereka, kerajaan BN akan tumbang sekiranya akta teresebut dimansuhkan kerana pembangkang akan mengambil kesempatan untuk meracuni hati rakyat dengan fitnah dan bermacam-macam cara bagi menumbangkan kerajaan BN. Semalam, IBM ke Parit Buntar bagi mengikuti persidangan perwakilan Mesyuarat UMNO Bahagian Parit Buntar, Perak yang dirasmikan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zamry Abdl Kadir. 

Di persidangan tersebut, semasa pembentangan usul, UMNO Bahagian Parit Buntar pun telah membawa usul tersebut dan mengesa Kerajaan supaya menangguhkan hasrat untuk memansuhkan atau meminda Akta Hasutan 1948 sehingga sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di negara ini benar-benar matang. Gesaan itu terkandung dalam usul Umno Bahagian Parit Buntar, yang diluluskan sebulat suara pada persidangan perwakilan bahagian itu di sini, pada Ahad. Usul sama juga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalankan penyiasatan dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melanggar akta itu demi memelihara keamanan dan melindungi kepentingan majoriti rakyat Malaysia.  Wakil Jawatankuasa Bahagian itu Datuk Abdul Rahman Sulaiman ketika membentangkan usul itu berkata walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 menjelang pilihan raya umum lepas, namun janji itu tidak perlu dipatuhi kerana apa yang berlaku akhir-akhir ini adalah jelas bahawa hasrat murni kerajaan itu tidak dihargai oleh pihak-pihak tertentu. 

Beliau menarik perhatian tentang kecenderungan semasa kalangan tertentu yang sering mempersolkan pelbagai peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu sensatif. Ini termasuk kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak serta hak-hak kaum lain serta kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 152 dan 181 Perlembagaan, katanya. Datuk Abdul Rahman berkata oleh kerana suasana politik di Malaysia jelas belum cukup matang, maka negara masih memerlukan peraturan tertentu bagi mengawal, mengelola dan membimbing perilaku, tindakan, perbuatan, ucapan dan kenyataan pemimpin dan anggota parti politik. Beliau bimbang sekiranya kecenderungan negatif itu tidak dibendung, ia mampu menjejaskan hubungan harmoni antara kaum yang telah wujud di negara ini sejak sekian lama. 

Selain itu, ia juga boleh mencetuskan keadaan huru hara atau pergaduhan kaum. Jadi, kesimpulannya disini, terlalu ramai yang mendesak kerajaan supaya berfikir seribu kali untuk mengkaji dan tidak terburu-buru untuk menghapuskan akta hasutan tersebut. mengikut kerenah dan kehendak pembangkang bererti kerajaan BN seperti 'mengali kubur sendiri'. Jangan salahkan rakyat sekiranya rakyat berpaling tadah dan menyokong pembangkang kerana 'suara' mereka tidak lagi didengar di diendahkan. Apalah gunanya lagi slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Fikir-fikirkan, kerana pembangkang sedang meneropong untuk mencari kelemahan kerajaan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...