Wednesday, October 8, 2014

KES SAMAN RM 50 JUTA SAIFUL TERHADAP ANWAR. SAMPAI KIAMAT ANWAR TAK AKAN MENGAKU LIWAT SAIFUL. PERCAYA TAK?

RABU, 08 OKT 2014

SUMBER.....
SAMADA korang boleh terima pakai pendapat IBM ini, terpulang pada korang. IBM berani potong jari Anwar tidak akan mengaku meliwat Mohd Saiful. Sampai kiamat pun dia tak akan mengaku. Malah, beliau (Anwar) sanggup membayar ganti rugi RM50 juta yang Saiful tuntut, namun untuk mengaku 'meliwat' tidak sesekali. Itu yang berlaku di Mahkamah hari ini, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan pembelaannya menafikan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Anwar membuat penafian itu dalam pernyataan pembelaan yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini oleh peguamnya, Shahid Adli Kamarudin, pada pengurusan kes saman, yang difailkan Mohd Saiful pada 23 Jun lalu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dakwaan bahawa beliau meliwat Mohd Saiful adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian liwat itu tidak pernah berlaku. Anwar berkata, ketika kejadian pada 26 Jun 2008, beliau hanya meminta satu sampul surat dihantar kepadanya ketika menghadiri mesyuarat di Damansara dan surat itu telah dihantar oleh Mohd Saiful kerana hanya beliau (Mohd Saiful) yang berada di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada masa itu. 

Beliau mendakwa, laporan polis yang dibuat Mohd Saiful pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu berniat jahat dan mempunyai sebab yang tersembunyi untuk memburukkan dan merosakkan karier politiknya. Media memperoleh pernyataan pembelaan itu daripada Shahid Adli pada pengurusan kes itu hari ini yang didengar di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dengan dihadiri peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful. Zamri kemudiannya memberitahu pemberita, Mahkamah menetapkan 18 November depan untuk pengurusan kes. Mohd Saiful memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar. Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar. 

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini. Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu. Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh Mahkamah. Apapun kita tunggu November akan datang ini. Bagi IBM, Anwar adalah peliwat. Saiful mangsa nafsu syaitanya . Kita tengok siapa yang kena nanti. Huhuhuhu...Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...