SUMBER......
MEMANG itu kehendak pembangkang. Mereka akan mangambil kesempatan dan sengaja mencari pasal serta mencari salah kerajaan jika Kerajaan tunduk dan akur dengan pemintan mereka bagi menghapuskan 'Akta Hasutan 48'. Amatlah bahaya sekiranya tuntutan mereka (pembangkang) dituntuti. Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta tersebut dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar. IBM setuju sangat dengan pandangan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan (gambar bawah) bahawa akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan bumiputera serta kebebasan bersuara. Beliau merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang telah termaktub untuk bumiputera di dalam perlembagaan. Kalau semua ini dicabar beliau rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi, katanya selepas menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV malam semalam, Jumaat.

Untuk itu, IBM nak ingatkan kepada kerajaan supaya berfikir seribu kali sebelum memutuskan atau meluluskan supaya akta tersebut dihapuskan kerana ianya akan memakan diri sendiri. Fikir-fikirkan kerana pembangkang akan ketawa bedekah-dekah kerana berjaya memperdayakan kerajaan. Kepada DS Najib, hati-hati dengan penasihat-penasihatnya yang dilihat tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada DS Najib. Segala laporan yang mereka (penasihat) beri kepada Perdana Menteri, banyak yang memudaratkan, bukan mendatangkan kebaikan. Hati-hati DS. Wasallam ~ IBM